KERJA BARU ATAU BARU KERJA

Tahun baru bermula lagi dengan rasminya pada 1 Januari 2014 M bersamaan dengan 29 Safar 1435 H yang jatuhnya pada hari Rabu. Hari untuk bercuti. Cuti-cuti Malaysia. Seperti biasa bangun lambat seadanya. Biasalah selepas subuh aku tidur lagi atas desakan nafsu tidur yang menggila. Bunyi ringtone dah bermacam aku dengar. ader bunyi muzik rancak malahan bunyi muzik tidur pun ada. Hari ini ada temujanji dengan Matt, Arif, Farah dan Anis. Katanya hendak pergi "windows shopping" dekat IKEA. Tepat jam 10 pagi aku dan bangun selepas menjawab panggilan telefon dari Farah. "cepat mandi!". Aku baring lagi. Telefon berbunyi sekali lagi, kali ini Matt pula yang menalifon. "Dah bangun ker"...yerla mesti aku dah bangun kalo tak cmner aku nak jawab panggilan telefon....ermmmm....tak perlulah aku cerita aku bangun dari katil dan mandi. Dah tahap 18sx dah tu, tak masuk bab bersolek lagi. hahahahahah.

Tepat jam 11.00 pagi aku dah terpacak di Presint 6 dekat kedai 1Malaysia. Bagus kedai nih banyak membantu rakyat marhaein dalam urusan perbelanjaan dapur. Harga barangan pun boleh tahan murah. Tapi kalo standard matt mungkin akan dipertikaikan tahap kualiti barang yang dijual. Aku, beli sahaja kalau dah murah, kualiti pula jatuh nombor 2. Matt, Arip dan Anis baru nak parking kereta bila aku dah sampai. Sempat shopping sekejap dekat kedai 1Malaysia. Beli air untuk penghilang dahaga. semenjak dua menjak ni nafsu minum air aku semakin mengganas. cepat gila haus. sekejap minum air, sekejap lagi minum. hingga arif naik rimas dengan aku. lantaklah aku nak minum kan bukan engko (meminjam telo ezuwan sekejap).

Destinasi utama kami adalah IKEA. sekadar windows shopping. kalo aku kaya (bak kata penyanyi kalo aku kaya, tiba tiba luper lak nama dia. korang pun mesti mengalami masalah yang sama kan, time nak ingat nama orang walaupun kita dan kenal tetapi tiba tiba lupa pulak). aku rasa nak tapau semua barang yang ada di depan mata. itu belum lagi kalau bawa mak aku pergi shopping. mesti kelabu mata. hahahahahah. takder nak beli sangat hanya berangan rangan (ader ker dlm BM perkataan nih) ader rumah sendiri baru nak beli. anis paling banyak shopping. baru pindah rumah katanya.

Usai shopping part yang paling aku tunggu ialah makan. walaupun aku dah keluar awal dari IKEA dan lepak minum sorang sorang di Chattime tunggu derang shopping (Siap beli satu percuma satu lagi) ermmmmm sedap sehingga habis aku minum sorang. heheheheheheh tiba tiba........(bersambung)

Comments

Anonymous said…
Making Money - Work/Tennis: The Ultimate Guide
The way you would expect from betting on the tennis matches of tennis is to bet หาเงินออนไลน์ on the player you like 토토 사이트 most. But you kadangpintar also need a 토토 different ventureberg.com/