ENTAHLAH

Entah....cam lagu Afgan la pulak.... semakin hari ku rasakan semakin banyak perubahan dalam hidup aku. bukan setakat aku tetapi semua orang di sekeliling aku. ada yang macam ini dan ada yang macam itu. berubah segala galanya. tapi bukanlah perubahan mendadak macam dalam cerita melayu yang kita selalu tengok petang-petang. berubah jadi jahat gila sampai teguk arak dan pergi clubbing setiap malam, tetapi perubahan ideologi manusia dan perubahan sosiologi yang membawa kepada tercetusnya satu tambatan jiwa dalam diri masing-masing.  
sedar tak sedar kadangkala kita selalu memerhatikan orang disekeliling kita, dan jangan kau lupa orang pun ada memerhatikan tingkah laku kaU. mungkin kita tidak sedar atau mungkin kita sudah lupa dan alpha, namun manusia lain tidak pernah putus walau sekelip mata mencari kesalahan kita walau sebesar zarah sekalipun. itulah hakikatnya manusia, bisa mencari kesalahan orang lain dan lupa akan kesalahan sendiri di depan mata. dan aku juga tidak terkecuali... 
ku rasakan ini bukanlah satu medium yang baik untuk aku curahkan segalanya. masih perlu berlapik. takut ada hati yang terluka. nanti parah jiwa dan raga. semenjak dua menjak ini, banyak sekali dugaan yang aku tempuhi dalam hidup. itu ujian dari tuhan. samaada kau boleh menghadapinya atau tidak itu terpulang kepada tahap keimanan seseorang. jikalau imannya besar, maka besarlah dugaannya. jikalau imannya kecil maka kecillah dugaannya. 

Tuhan maha adil, Dia tidak akan membiarkan hambaNya menghadapi dugaan yang tidak setimpal dengan imannya. Dugaan yang paling lemah apabila aku menghadapi sesuatu keadaan adalah melibatkan sahabat dan kawan-kawan. pernah sekali aku menerima khidmat pesanan ringkas dari sahabatku sendiri yang aku tidak perlu nyatakan namanya di sini untuk menjaga hati dan nama baik. panjang berjela utusannya. dan sesekali bila aku baca tulisannya di dalam laman sesawang, aku tahu tulisannya ditujukan khas kepada aku. biasalah untuk melepaskan geram. geram sangat sangat sampai terkesima dan terkedu aku seketika. sampai begitu sekali. teruk jugak aku nih pada pandangan mata bundarnya. ingatkan dah reda selepas berbalas-balas message, tapi bersambung pulak di laman sesawang. aduyai.....   

ermmm....takperlah, sebenarnya tidak terniat dan tidak terdetik langsung pun di hati aku untuk menceritakan keburukan malahan mengaitkan nama engkau langsung dalam hidup aku, malahan dalam FB pun tidak pernah pun terfikir pun nama engkau akan wujud. untuk apa. engkau siapa, aku siapa. bak kata engkau bawak haluan masing -masing. engkau dengan cara hidup engkau dan aku dengan cara hidup aku. fair and square bak kata orang putih.

cuma itulah, sudah menjadi adat bila kita berkawan. biasalah terguris hati dan persaan adalah resam kehidupan kita dalam mengharungi hidup bersahabat dengan siapa sahaja. cuma sesekali bila bersahabat nih jangalah menipu sahabat rakan dan taulan. itu yang paling ekstrim. 
Ok biar aku jelaskan, yang menjadi isu dan masalah nya sekarang ini adalah masalah ditipu oleh sahabat sendiri. cuba korang bayangkan bila kita tanya sahabat kita, sebagai contoh hendak kemana? pergi dengan siapa? tetapi jawapannya adalah dengan member. padahal member dia adalah member kita juga. tapi bila terkantoi, aku jadi pelik, kuar dengan member, apa salahnya sebut nama. bukannya tak kenal. dahlah member sendiri. dekat sini kita dah boleh buat konklusi, mesti ada sesuatu yang hendak disembunyikan, apa yang hendak digusarkan. terus terang sahaja. bukannya susah kan. orang yang selalu berahsia nih mesti ada sesuatu. mesti ada. 
Itulah isunya yang menjadi perdebatan antara aku dengan engkau. aku tidak akan campur urusan korang, kalau isu ini tidak timbul. malas aku nak fikir perihal korang. aku pun ada perihal aku sendiri. cuma berterus teranglah. itu yang terbaik. pepatah kata arab pun ada menyebut " berkata benarlah walau kebenaran itu pahit"......... aku dah malas nak ungkit balik isu nih. ini isu bulan 5, sekarang dah masuk bulan tujuh.....isu lapuk. nak jugak isu yang lagi panas dan hot....hahahahaah cam melodi la pulak.. tapi takperlah kalau aku dah di label macam nih oleh ko, takper lah. terima lah seadanya bak kata lestari dalam lagu. hahahahahah tunggguuuuuu.....melodiiiiiiii..... 
erm....ok lah, aku rasa ok kot, tak tahulah kalau masih tak settle lagi. biarlah masa dan keadaan yang menentukan. mengikut instinct aku lepas nih akan ada berlakunya sesuatu yang maha dahsyat dan maha besar. mungkin pergaduhan akan berlaku dan mugkin jugak persahabatan akan terlerai dari ikatan....dan macam macam kemungkinan akan berlaku...orang putih pulak meramalkan pada tahun 2012 nih akan berlaku sesuatu yang tidak terjangkau oleh keadaan. sesuatu yang besar akan terjadi dekat dunia ini. diramalkan peperangan akan meletus...mungkin perang dunia ketiga...kalaulah benar seperti apa yang diramalkan oleh orang putih, aku harap kita akan berjumpa lagi. mungkin time tuh masing-masing pegang senjata. berlawan demi negara. jangan ko tembak aku pulak. lepas geram punya pasal. berkecai aku....tak sempat aku nak balas, kalo ader meriam aku tembak ko pulak....hahahahaha sekadar gurauan pagi. 
 segala permaslahan dan segala maklumat lanjut boleh menghubungi saya ditalian (ko taukan no telefon aku hahahahah jgn marah) email ker, PM kat fb ker guna orang tengah ker dan apa-apa medium yang boleh dihubungi dan menghubungi saya sedia mendengarnya. 
sekian terima kasih...... (maaf andai kata-kata ini bisa mengguris perasaan anda,maafkan saya, saya juga insan biasa yang bisa melakukan kesalahan)

wayzaz@notanemptyhand

Comments

JieJ said…
Wahab..ko gaduh ngan org bppa ka??heheh..kepochi dulu bah...
a.R said…
semoga akan kembali seperti sediakala...~
HAHAHAHAH...everything is ok....tiada apa yg perlu dirisaukan Cik Muda and Jiej....tidak ditujukan kepada spesific person
akhirnya kebenaran itu sudah terbukti......
a.R said…
huhuhu...asal sesiapa sahaja itu bahagia cik way...

jom kita berdoa yang terbaekkkkkkkkk untuk sesiapa sahaja itu...huhuhu~