TEORI KOMUNIKASI - RAMALAN KIAMAT 211212 SATU PENIPUAN ATAU SEKADAR TEORI SEMATA-MATA.



KIAMAT PADA 21.12.2012 SEKADAR SATU PERKONGSIAN MELALUI KONTEKS KONSEP TEORI KOMUNIKASI YANG PERNAH AKU BELAJAR SEMESTER LEPAS DI UPM. 

 1. Jikalau dilihat dari konteks komunikasi, ada aspek yang menekankan elemen Audit Komunikasi atau “Communication Audit”, antaranya ialah sejauh mana sesuatu informasi atau mesej yang disampaikan daripada satu pihak itu berjaya diperturunkan sebagai mesej oleh sipenerima. 

 2. Dalam konteks yang sama, ingin saya bertanya berapa ramai antara warga KPM yang apabila pulang ke rumah, selepas mandi, selepas makan, akan duduk di hadapan televisyen menonton rancangan di saluran ASTRO. Mungkin ramai yang tonton, mungkin ramai juga yang tidak. Kalau ada pun, mungkin drama,cerekarama, slot seram atau rancangan hiburan yang lain. 

 3. Bagaimana pula dengan suratkhabar atau media cetak yang sering disukai oleh ramai warga KPM?Mungkin ramai yang menyukai Harian Metro,Berita Harian dan kurang membaca The Star/NST dll. 

 4. Semua ini tidak menjadi masalah sebenarnya. 

 5. Ingin saya menyentuh suatu peristiwa yang berlaku di hadapan kita ,secara langsung atau tidak langsung mahupun secara sedar atau tanpa sedar. Ianya berkaitan dengan ramalan bahawa dunia akan kiamat pada tanggal 21 Disember 2012. Sekiranya sekali lagi saya bertanyakan, adakah anda sedar perkara ini sedang diwar-warkan dalam segala bentuk media, mungkin ramai berkatakan ya,mungkin ada yang tidak. 

 6. Sekiranya saya bertanyakan samada tuan/puan bimbang sekiranya ramalan ini betul-betul akan berlaku, mungkin ramai yang akan menepis dengan berkata “saya tidak percaya semua tu”. Tetapi, mungkin ada yang percaya. 

 7. Berbalik kepada audit tadi, sekiranya anda tatkala balik rumah,selepas mandi,makan dan duduk menonton National Geographic,CNN,Bloomberg,History Channel dan sebagainya, saya pasti mungkin lebih 50% pemikiran rasional kita akan dipengaruhi dengan ramalan tersebut. Mungkin 100%. Sekiranya anda membaca The Star/NST, sejak dua minggu sebelum 21/12 itu penuh dengan pelbagai andaian dan pendapat dari segenap lapisan masyarakat dunia. 

 8. Pada tanggal 21.12 itu juga, ada pemerhatian yang mengatakan lalulintas di kebanyakkan jalanraya utama di KL dan bandar-bandar utama agak tidak sibuk seperti biasa. Ramai pekerja syarikat swasta (bukan gomen) yang mengambil cuti kerana bimbang akan ramalan ini.Di negara China, ramai yang telah menyewa bot/kapal (Noah’s Ark-dalam BM tak pasti) kononnya akan membawa mereka ke tempat yang selamat di muka bumi ini sekiranya kiamat. 

 9. Di Afrika, terdapat kes dimana ribuan penduduk membunuh diri sehari sebelum 21.12, kanak-kanak dilaporkan lebih cenderung mempercayai ramalan ini dan ada juga yang bunuh diri. 

 10. Maka, kenapa tergamak sesebuah segmen dalam masyarakat tersebut sehinggakan membunuh diri? Semua ini sebenarnya tuan puan ada berkaitan dengan satu elemen yang mampu mengubah minda seseorang.  
11. Balik kepada para (7), rata-rata yang mempercayai ramalan ini adalah di dalam kategori yang amat terdedah kepada rancangan-rancangan dokumentari “Hari Kiamat” di ASTRO dll dan juga Akhbar-akhbar selain daripada The Star/BH (saya andaikan). Bayangkan setiap harui kita didedahkan mengenai bagaimana bumi boleh dihempap oleh sebutir asteroid (tahi bintang),atau sebuah planet dan bagaimana keadaan bumi selepas berlakunya malapetaka tersebut. Cuba lihat gambar-gambar di bawah yang sering kali ditayangkan di ASTRO di pelbagai saluran dua minggu sebelum 21.12. 

 12. Seseorang yang waras pemikirannya akan terpengaruh sekiranya terus didedahkan kepada elemen-elemen seperti ini, dan memang secara semulajadinya manusia dilahirkan dengan ekosistem pemikiran yang separa terbuka(semi-open). 

 13. Bukan saya ingin mencadangkan tuan puan untuk mempercayai ramalan tersebut, tetapi ingin saya kaitkan dengan dua teori komunikasi yang amat relevan dengan gaya pemikiran kita semua. TEORI 1 – “The Magic Bullet Theory” atau Teori Peluru Ajaib 

14. Dalam tahun 1930, di Amerika Syarikat sebuah syarikat pementasan teater secara sengaja memaparkan satu bulletin di celah-celah sebuah rancangan radio, kononnya sebuah bandar di New Jersey telah ditakluk oleh makhluk asing. Rancangan yang bertajuk “War Of The World” tersebut telah didengari oleh kira-kira 12 juta pendengar dan seramai 1 juta telah mempercayainya secara bulat-bulat. Seluruh Amerika berada dalam keadaan panik dan huru hara pada masa itu. 

 15. Teori ini antara lain menggambarkan seolah-olah media sebagai sepucuk pistol ajaib yang menembak tepat kearah pemikiran seseorang tanpa disedari dan mampu mengubah tingkahlaku atau kewarasan terhadap mesej (peluru)yang ditembak oleh pistol ajaib tersebut. 

 16. Inilah berlaku sekiranya kita secara terus menerus didedahkan kepada media. Individu dikategorikan sebagai penerima pasif yang tidak mampu berbuat apa-apa. Namun teori ini kemudiannya dibangkang oleh beberapa tokoh komunikasi yang lain memandangkan pendengar kini bukan pasif dan mampu membuat pilihan apabila menerima sesuatu mesej daripada sumber media. 

 17. Mungkin inilah antara sebab kenapa ramai yang tergamak membunuh diri atau melakukan perkara-perkara yang kurang siuman apabila mempercayai dunia akan kiamat pada 21.12. TEORI 2 – Cultivation Theory ( Teory Penyuburan) 

 18. Teori ini pula berpendapat bahawa pendedahan secara berterusan oleh seseorang individu terhadap sesuatu isu, akan membuatkannya seolah-olah hidup di alam televisyen tersebut! dan akan mempercayai isu itu sebagai sesuatu yang benar. 

 19. Maka, dapat disimpulkan bahawa individu dan masyarakat yang membunuh diri sepertimana disebutkan tadi tergolong dalam segmen yang telah didedahkan secara terus menerus kepada ramalan kiamat melalui televisyen. Inilah yang telah berlaku sebenarnya, dua minggu atau sebulan sebelum 21.12, ASTRO sering menayangkan filem-filem/dokumentari berkaitan hari kiamat. Mungkin inilah punca individu/masyarakat itu akan menjadi takut serta berkelakuan anti-sosial. 

 20. Pada satu masa dahulu, saya minat menonton rancangan 999 di TV3 setiap hari Khamis jam 9.00malam yang dihoskan oleh Zakiah Anas. Dalam rancangan tersebut juga, seringkali dipaparkan penangkapan penagih-penagih dadah,pelacur,kutu rayau di pelusuk negara kita. Pada setiap pagi, apabila saya memandu dari arah Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit menghala ke pejabat kita, saya pasti akan melihat atau cuba untuk melihat keadaan golongan gelandangan/penagih dan lain-lain yang secara berkelompok tidur di kaki lima. Melihat scenario ini, saya teringatkan rancangan 999 dan sehingga hari ini saya tidak berani untuk menjejakkan kaki atau memasuki kawasan Chow Kit! Mungkin teori ini ada relevannya kepada diri saya. 

21. Pendek kata tuan puan, satu-satunya faktor yang telah mempengaruhi minda manusia berkenaan hari kiamat tempoh hari tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan MEDIA. 

 22. Media ini juga sekiranya dikaitkan dengan pelbagai teori komunikasi mungkin dapat membantu kita dalam sesuatu misi. Sebagai contoh, PRU pada 2008 yang lepas, media baru digunakan secara meluas oleh sesebuah parti politik dan telah menunjukkan hasil yang amat bermakna. Ini juga dapat dikaitkan dengan teori, bagaimana mesej ini ditembak ke dalam kepala pemikiran kita semua dalam membuat pemilihan hasil “decoding” mesej tersebut. 

PENUTUP. 

Apa-apa pun saya sebagai orang islam amat mempercayai ramalan kiamat oleh Nabi Junjungan Kita Muhammad Sallahualihissalam....banyak ramalan-ramalan baginda yang sedang berlaku di mata kita seantero ini. namun mungkin sama-sakali kita menyedarinya atau pura-pura tidak menyedari akan tanda-tanda kiamat ini. kiamat kecil sudah terjadi sedari zaman baginda lagi. petanda besar apatah lagi sedang berlaku pada zaman kita. zaman moden atau zaman cyber kata orang kita. ramai menunggu kemunculan iman Mahdi, menunggunya Dajjal apalagi ketibaan Yakjuj dan Makjuj yang bakal merosakkan bumi. mungkin mereka sudah ada, tetapi ketibaannya tidak disedari oleh kita....hanya masa yang akan menentukan...tunggulah janji Allah pasti tiba....


@wayzaznotanemptyhand

Comments