TEMAN PENGGANTI

Ketawa bersama Menangis bersama 
Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama 
Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi 
Bila celik, juga bila mimpi Aku nampak kau, 
tapi bukan aku yang di sisi 
Dia membelaimu dengan izin dan permisi 
Sentuhan katanya semuanya kau iakan 
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan 
Aku redha walau tidak ku damba 
Walau hampa semuanya dah dijangka 
Beberapa purnama dulu cinta bertahta 
Kenangan dibina kita indah belaka 
Ketawa bersama, menangis bersama 
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama 
Namun hakikatnya, bukan mudah 
Aku sembunyikan gulana-gundah 
Segalanya kan berubah 
Dengarkan apa yang ku mahu luah 
 
*Rahsia ini Telah lama ku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias 
Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas 
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks 
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks 
Bila dunia seolah tak memahami 
Kau sudi selami, dalami dan mengalami 
Setia mendengar, sentiasa hadir Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir  
tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal 
70 000 hijab harus ku singkap 
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap 
Dalam diam ada, seorang yang ku puja 
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang * Sejak dua menjak ini, 
ku mencari fungsi kewujudan 
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan 
Terperangkap dalam jasad, ku keliru 
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu 
Namun aku tetap murung, berkurung 
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput 
Komplikasi di halaman rusuk kiri 
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri 
Lagu ini yang terakhir aku sajikan 
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan 
Jaga diri, jangan makan hati 
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti 
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi 
Cincin, kunci, dompet dalam laci 
Ada sikit wang, itu saja baki 
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

 
Aku kan pergi 
Bertemu kekasih abadi 
Tiba masanya 
Kau cari teman pengganti

Comments