COMMUNITY SERVICE AND RESPONSIBILITY (CSR) PROGRAM

24-25 MAC 2012 17 hari sebelum..... Selesai sudah sesi pembentangan pada 6 Mac 2012. akhirnya program CSR aku berjaya diterima oleh pihak penyelia. ader rasa macam Audition AF pulak aku rasa. cuma aku tak menyanyi jer....aku memang dah agak dah program Belajar Berenang aku akan diterima dengan suksesnya. terbayang nak jemput press sebab nak buat program nie secara besar-besaran di Komuniti Putrajaya. heheheheh...leh masuk news paper lagi..... sibuk dengan kerja-kerja harian, CSR aku tak lupakan. thanks pada teman-teman yang sudi menolong aku sebelum program ini berjalan. nak booking kolam lagi, nak hantar surat lagi, nak ke PJH lagi semua perlu diuruskan dengan cepat. borang-borang pendaftaran banyak diterima. aku cuma mensasarkan Bahagian-bahagian tertentu sahaja. BKEW, BPSM, BPG, BPTV, BP dan BPPA. kalau diikutkan mungkin penyertaan kali ini agak ramai. aku kira adalah dalam 100 orang. belajar berenang secara percuma....cuma hendak tak hendak sahaja. ada juga panggilan dan email yang ku terima, kebanyakannya menyatakan kesudian untuk join the program. so a warm welcome lah form me.... 1 hari sebelum.... semua jurulatih renang yang terlibat aku sudah inform awal-awal lagi. ini program besar, aku sempat bagitahu. agak ramai yang akan join nanti. dan aku dah maklumkan awal-awal tiada bayaran yang akan diterima. mengajar secara sukarela sahaja yer.... heheheheheh mujur derang faham hasrat murni aku.... Hari Kejadian...... aku ingatkan traffic jam di presint 11 adalah disebabkan serangan peserta-peserta program renang...di hati sudah kembang berbunga. harap-harap adalah dalam 200 orang yang datang...hahahahahahaha sungguh besar hajat......tapi....sehingga jam 3.00 petang hanya 15 orang sahaja kanak-kanak yang mendaftar berbanding 40 orang sewaktu pendaftaran. dan yang paling menyedihkan hanya 3 orang sahaja peserta wanita dewasa berbanding 50 orang yang mendaftar. peserta lelaki....hampeh sorang pon takder.... sian azangg sorang-sorang nak belajar.....huhuhuhuhuhuhuhu.....takper azanggg....neway your support is really appreaciated. kesempatan mengajar budak-budak belajar berenang merupakan satu kenikmatan yang tidak terhingga. daripada tidak tahu langsung bagaimana untuk berenang dan bernafas dengan betul ramai yang sudah boleh mengaplikasikan tekniuk berenang dengan betul. terasa kepuasan mengajar di sini. kekecewaan aku dengan kehadiran yang kurang terubat seketika melihat keletah kanak-kanak yang teruja bermain dengan air. walau ada yang menangis kerana takutkan air, ramai yang memberi sokongan padu. heheheheheheh budak-budak....biasalah.... sesekali tersentuh jugak hati bilamana aku ditanya, cikgu besok ader lagi ker tak kelas renang? bagaimana aku nak jelaskan ini hanya program CSR, bukan belajar yang betul-betul....takper nanti cikgu buat promosi kelas renang berbayar la pulak lah camni...masyuk sikit....heheheheeheheh neway...takper lah....nanti kita bersua lagi...ramai gak yang tanyer nih niler nak bukak kelas..... @wayzaz_notanemptyhand

Comments

a.R said…
alaaa.....sori sgt2 cik wayz...

date belajar berenang cik way tersama dengan tarikh kami orang pegi langkawi...

sori ye...jgn mara kami orang yep?