a journey to korea - Day 1

14 Februari 2012 Februari datang lagi. tapi bukan valentine day yang di tunggu. tetapi perjalanan ke korea selatan pada hari ini akan terlaksana jua akhirnya. ini merupakan lawatan kali yang ke dua aku ke korea. jika dulu hanya aku dan adul sahaja tetapi pada kali ini perjalanan ini diteruskan bersama dengan 9 orang lagi teman-teman seperjuangan. perjalanan pada kali ini diteruskan bersama dengan pudeen, mai, azrena, azlinawati, asmah, helen, hafiza, lily dan ina. pasti lebih kecoh suasana dibuatnya. ada yang baru kali pertama bersua muka dan pastinya dapat menambah kenalan baru. 7.00 am.... aku sudah bangun seawal jam tujuh pagi lagi. selepas membuat persiapan diri aku membuat persiapan terakhir untuk memastikan tiada barang barang yang tertinggal. barangan mandiri perlu dibawa bersama. susah untuk memastikan faktor halal untuk membeli toileteries di sana nanti. kelengkapan barangan seperti baju2 sejuk perlu dibawa bersama. tetapi pada kali ini aku malas nak bawa banyak barangan. biarlah sekadar cukup 3 helai baju sahaja sudah memadai bagi aku. paling tidak pun boleh beli disana nanti apa yang terkurang. ubat ubatan perlu dibawa bersama.demam aku masih tak kebah lagi walau semalam dah pekena lenchikang bersama dengan Jai dan Der. semalam dah ok tapi pagi nie melarat la pulak. risau la pulak aku nih.... tepat jam 1000 pagi aku dan Der meneruskan perjalanan ke LCCT. tetapi Lily perlu diambil dulu di JWW Marriot Hotel. kesian semalaman memandu dari kuantan ke Putrajaya. kami tiba di LCCT tepat jam 11.00 pagi. janji nak berjumpa jam 1100. tetapi kelibat semua belum muncul lagi. usai Der melangkah pergi aku meneruskan perjalanan menuju ke Money Changer. Nak tukar duit kata Lily. Aku mcm dah tak larat nak berjalan. kepala makin pening. tiba tiba teringin nak minum air kelapa dan minum lenchikang. aduyai ader ker kat LCCT nih....jgn harap. kuteruskan jua perjalanan walau badan dah rasa macam dah nak pitam. selepas selesai check in kami terus menuju ke pintu perlepasan antarabangsa. ketidakselesaan aku makin ketara. kepala makin pening. harap harap tiada virus2 yang akan disebarkan....tepat jam 2.30pm kami semua sudah memasuki ruang pesawat. aku kira ramai jugak penumpang yang menuju ke destinasi yang sama. aku kira ada yang bercuti bersama keluarga dan mungkin yang ada urusan perniagaan. paling tidak pun mungkin pulang dari cuti semestar di Universiti. tepat jam 2.45 PM peswat Air Asia DK 504 meneruskan perjalanan menuju ke Incheoan South Korea. tempat duduk aku di 31H, manakala pudeen di 31J, ditengahnya pula seorang mat salleh dari Sweeden. Malas aku nak bertukar tempat duduk bila dipelawa. biar senang untuk aku ke tandas bila tersedar dari tidut nanti. aku dah tak tahan kepala makin sakit. aku pun tak sedar bila aku tertidur. tiba waktu makan pramugari dah bising -bising menjual makanan. aku dah membuat temapahan dari awal lagi. rasa macam tak ada selera pula nak makan. tekak asyik batuk-batuk jer nih. kesian mat salleh kat sebelah aku. tapi dia pun dah berdengkur jer dari tadi.... ubat perlu dimakan untuk melegakan kesakitan. boleh lah tahan sikit sepanjang perjalanan menuju ke incheoan nanti. apa-apa pon layan perasaan dulu sambil dengar lagu-lagu jiwang dari koleksi album samsung galaxy notes aku...... kami tiba tapat jam 9.15 pm di Incheoan. kira waktu dekat malaysia sekarang nih dalam jam 8.30 pm camtuh. perjalanan perlu diteruskan takut nanti ketinggalan bas ke Mr Sea backpackers house. selain daripada Mr sea Backpackers House terdapat beberapa bilangan Guest house yang menawarkan harga yang menarik. Antaranya : 1) MR Bong Backpackers 2) Inside 3) Mr Sea 4) Motel Berdekatan penempahan awal perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada penuh. mujur adul sempat membuat penempahan kalau tidak alamatnya tidur di airport sahaja malam ini. Barisan yang panjang amat meletihkan. sudahlah perjalanan dari airport ke terminal mengambil masa yang panjang. aku kira jam sudah menunjukkan jam 10,00 malam. Harap-harap bas masih ada lagi. sewaktu tiba di kaunter pemeriksaan quarantine aku berasa tidak sedap badan. melalui mesin pengimbas haba tersebut, dapat dibuat bacaan badan yang menunjukkan tahap darjah celcuis yang tinggi. mungkin tak lepas hatiku berdetik. "You stop"!! Pegawai pemerikasaan tersebut memanggil aku. damm....dengan pantas dia terus mengambil suhu bacaan telingan kiri dan kanan aku. Telinga kiri menunjukkan 37 darjah celcius manakala telinga kanan pula menunjukkan 38 darjah celcius. Mati lah aku kali ini. terbayang dimata aku, aku dikuarantinkan di dalam lapangan terbang Incheoan. Filem "Quarantine 2" yang aku tengok beberapa hari yang lepas bermain difikiran. Kisah bermula apabila seorang penumpang yang telah dijangkiti virus, menyerang penumpang yang lain di dalam kapal terbang. aduh takkan nak jadi Zombie Incheoan pulak nih.... Teman-teman yang lain risau dengan keadaan aku. ada yang menunjukkan rasa sedih, takut nanti aku tertinggal dalam perjalanan menuju ke korea nanti. aku berserah sahaja. aku teringat pesanan arwah nenek aku. "banyakkan berselawat apabila menghadapi perkara yang tidak diduga". Mulutku terkumat kumit membaca selawat ke atas nabi...harap aku selamat...... Sejurus selepas mengambil semua maklumat dan data peribadi daripada aku dia terus membenarkan aku pergi. Alhamdulillah aku dibenarkan pergi. sebelum pergi dia sempat berkata dalam pelat koreanglish "you bernasib baik, kalau temperature badan u naik 40 darjah celcius compom kena kuarantin sehingga temperature badan aku turun, atau terus dihantar pulang balik ke Malaysia." kami terus bergegas pergi ke pemeriksaan yang terakhir, pemeriksaan kastam. alamak ramainya manusia. jam sudah menunjukkan ke angka 1100pm. sempatkah kami? selepas selesai semua urusan yang mengambil masa hampir satu jam kemi terus menuju ke kiosk yang berdekatan. T-money perlu dibeli. kira macam kad touch nd go lah. kegunaan kad ini lebih memudahkan perjalanan yang menggunakan Train, Sub Way, Metro, Bas dan Teksi dengan harga 10,000 won (RM30.00). Aku bergegas ke luar. sejuk sudah meresap jauh ke dalam badan. ku kira mungkin hampir 40 darjah celcius naik pada kali ini. semua pemandu bas yang ditanya mengatakan bas dari Airport (6011) menuju ke Mr Sea Backpackers House baru sahaja berlepas pada jam 10.30 tadi. alternative lain perlu dicari. terdapat perlabgai cara untuk menuju ke kawasan penginapan kami di SungKyungHuan, antaranya : 1) menaiki bas 6011 dari airport terus berhenti di depan jalan menuju ke rumah MR sea backpackers dengan bayaran sebanyak 9000 won. 2) Menaiki Train tukar-tukar dari airport menuju ke Seoul station, kemudian dari seoul station mejuju ke Hyhwa station dengan bayaran lebih kurang 10,000 won atau kurang. 3) menaiki teksi bermeter (terus rujuk di kaunter bayaran) 4) menaiki van/ kereta sapu. atau ulat daun yang suka makan duit orang. kami memilih untuk menaiki Train. tetapi jam sudah menunjukkan ke angka 11.25 pm. sempatkah lagi nih. tiba-tiba kami disapa oleh seorang pakcik korea yang amat peramah. peramah sangat orang korea nih. aku memang tak percaya. aku malas nak layan. kami meneruskan perjalanan untuk menaiki train. tetapi dia masih lagi begging dan tawar menawar dengan kami. yang aku hairannya, kenapa pulak dalam ramai -ramai aku yang dikejarnya. aku buat muka masam. malas nak layan. aku demam lah pakcik nanti kena bebel baru padan muka. selepas membuat perbincangan dengan semua, kami mencapai kata putus untuk menaiki van sewa atau kenderaan ulat pakcik yang peramah ini. setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak 10,000 won (RM30.00) seorang. takperlah dah barang kami banyak. tetapi alangkah terkejutnya kami bila mendapati van tersebut bukan seperti van penumpang yang biasa kita tengok di Kl atau di kampung aku di Sarawak. ada tempat duduk ditengah2 manakal di belakang tiada tempat duduk. hanya digunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang. aku dah membebel dengan pakcik nih, nak discount. semua ladies duduk di tempat duduk penumpang, manakala aku, pudeen dan adul didik bersama dengan barang-barang yang penuh dah cukup ruang untuk duduk sahaja. berkali kali pakcik tu berhenti, nak kalo sakit bontot ketuk cermin yer sebab nanti perjalanan kita 1 jam dari sini, nanti kematu bontot tuh"...kira mcmtuhlah translation nyer.....iyolah pakcik....dahlah pakcik nanti kena bebel lagi...... tepat jam 100pagi kami sampai di tempat penginapan. itupun setelah beberapa kali berpusing-pusing di tempat yang sama. beberapa kali kami ketuk cermin agar berhenti. aku kira pakcik tuh pekak badak kot. tapi yelah kot takkan nak berhenti di depan traffic light. tapi masalahnya rumah tuh betul betul depan traffin light. aku mengambil tugasan bertukar tempat duduk. mari pakcik saya tunjuk jalan. aku tak taulah membebel jugak aku dekat pakcik nih. tadi kata tahu tempat tuh, alih alih suruh org malaysia jugak tunjuk jalan..... selepas menurunkan semua barang-barang dari van, pakcik tuh membebel la pulak sebab dia turunkan barang sorang-sorang, sambil marah-marah ambil beg nih...tapi dia taknampak ker yang aku dok sebelah dia tukang angkat barang. dahlah sejuk nih....semua sibuk mengeluarkan duit masing-masing. tiba-tiba dia pergi ke arah aku "you tips, 10,000"....banyak cantik pakcik nih, aku berkeras taknak bayar. dahlah tadi derang yang tolong bayarkan bayaran tol sebanyak 7,700 won, nie nak mintak tips pulak. yang aku hairannya mengapa pulak dalam ramai-ramai aku yang dia mintak. apa dia ingat aku cop duit korea kah. daripada mengelakkan masalah bertegang urat yang panjang dan berlarutan dan ditambah dengan cuaca yang sejuk, helen pantas mengeluarkan 10,000 won dan memberikan kepada pakcik tersebut. lantas dia berlalu pergi. aku membebel lagi dekat pakcik tuh...*&*)^%(_).... kami terus menuju ke tempat penginapan yang hanya beberapa meter sahaja dari tempat pakcik tuh memberhentikan keretanya. mujur pekerja mr sea masih menunggu kami di sini. selepas membuat pengiraan, setiap seorang perlu membayar sebanyak 170,000 won seorang (RM400 +-) camtuh untuk penginapan sepanjang 7 hari di sini. perut perlu diisi. barang-barang perlu diletakkan di dalam bilik masing-masing. aku , adul dan pudeen detempatkan di dalam satu bilik yang sama. mujur di luar, senang nak hisap rokok, manakala pihak perempuan pula ditempatkan di dalam dua bilik yang berbeza. Adul mengeluarkan makanan wajib "baras" atau makanan frodo macam dalam cerita TLOTR. owhhh kenyang terasa bila dicecah dengan serunding daging....kami bersembang-sembang santai seketika di ruang dapur. terasa macam luas pula bila ditambah dengan ruang tamu yang menenpatkan TV LCD besar dan dua biji komputer. apalagi update Fb la....wireless pun ader......heheheheh...muncul mat salleh dari Russia. dengar dia membebel seketika sambil mata tertutup....ngantuk....kami lantas berlalu pergi selepas membuat perbincangan berkenaan dengan program besok hari. semua setuju. tetapi kena bangun awal sebab nak bergerak tepat jam 800am.....janji melayu aku menambah...... penat badan masih belum hilang, selepas selesai segala urusan peribadi dan urusan wajib yang lain mata rasa cam diletakkan gam sahaja....tetiba aku teringatkan pakcik tadi....kesian dia apabila kena bebel....aku rasa macam bersalah jer dekat pakcik tuh...mungkin aku nih bersikap terlalu kurang ajar kot dengan pakcik tuh atau mulut aku tak berhenti henti membebel sepanjang jalan....tapi aku membebel pon aku buat lawak jer....takkan dia paham kot BM aku nih. Mintak maaf pakcik...mintak ampun pakcik.....aku maafkan pakcik kalo pakcik ader salah....tapi lain kali jangan suka menipu pelancong asing macam kami nih yer....heheheheheheheh nak kover la tuh..... mungkin sebab aku demam nih dah terlalu banyak ujian Tuhan uji...mampu atau tidak aku menghadapinya...ternyata aku tak mampu....subhanallah.....ampunkan dosa aku ya Allah....aku maafkan semua dosa orang2 yang membuat dosa kepada aku, aku ampunkan dosa orang2 yang membuat fitnah ke atas aku....aku ampunkan dosa keatas semua orang yang akan membuat dosa kepada aku....moga kita semua ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....Amin.........

Comments

a.R said…
'aku demam lah pakcik nanti kena bebel baru padan muka."

Cik Way.... Cik way tak demam pun selalu jer membebel kat kitorang.... same je...
Sebenarnya memang suka membebel kan??
hahahahahah....bebel tuh perkara biasa kalau ada perkara yang tidak betul dan kena