a journey to korea - day 8

21 feb 2012. Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi korea. Tapi hari ini kami tidak perlu rushing sangat sangat. Biar kami menghayati hari ini dengan jayanya. Selepas jam 10.00 pagi dan selepas bersarapan pagi kami meneruskan perjalanan menuju ke eiwa woman university. Disebabkan terlalu ingin menghayati jalan, train yg kami naiki rupa rupanya menuju kearah yg salah. Hahahaha ketawa ku dlm hati. Biasanya adul yg menjadi penunjuk jalan. Kemana mana tempat yg kami pergi aku hanya mengharapkan adul utk menjadi pemandu pelancong. Tapi oleh kerana dia dah balik awal, kami perlu pandai mencari jalan pulang. Kami hanya perlu menukar arah sahaja. Akhirnys sampai juga kedestinasi yg dituju. Aku perlu menghabiskan baki duit yg tinggal. Ingat nak beli beg dan seluar jeans. I got it. Dari jauh nmpk kelibat lily nd da geng. Tadi pagi kami berpecah sebab menuju kedestinasi yg berbeza. Tak sangka jam sudah menunjukkan ke angka 1 petang. Kemudian kaki diturutkan menuju ke dongdaemoun.nak beli apa apa yg tertinggal. Usai jam 3ptg kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Nak kemas semua brg brg yg belum habis dikemas. Tapi nk mknlah dulu. Baru perut kenyang. Brg brg penuh didlm bilik. Aku rasa dh mcm rumah setinggan dah nih. Tepat jam 6 ptg kami semua bergerak menuju ke station bas. Mai nd da geng dtg membantu. Tolong angkat beg yg penuh dikiri dan kanan tgn. Ok mai,azrena, azlinawati nd faizah. . Hati hati di negara org. Rasa cam kesian gak tinggalkan derang sorang sorang kat sini. Takper derang leh survive kot. Aku tertidur di dlm bas. Kepenatan yg teramat sngt. Kami tiba tepat jam 730mlm. Tmpt pertama yg kami tuju adalah tmpt menimbang brg. Msg msg sudah ada had kilo. Aku berharap 30 kilo adalah cukup utk 2 beg aku. Setelah ditimbang berat beg hanya mencecah 28 kilo sahaja. Aku, pudeen dan asmah cukup had msg msg. Cuma helen dan lily sahaja yg terlebih had. So kena suruh derang mencukupkan had masing masing. Salah satu petuanya adalah pakailah baju berlapis lapis.seluar kalau boleh pakailah dua ke tiga lapis. Biar berat beg berkurangan. Alhamdulillah dari 45 kg akhirnya menjadi cukup 30kg. Selepas selesai segala urusan kami semua terus memasuki ruang perlepasan. Perlu berehat sebelum memasuki ruang perpepasan. Tepat jam 12 tghmlm, kapal terbang air asia membelah kepekatsn mlm yg panjsng. Kepenatan masih terasa. Aku nak tidur nak berehat. Sungguh indah perjalanan pada kali ini. Tetapi alangkah indahnya jika dia ada menemaniku disisi. . .takperlah cukuplah mimpi indah menemaniku saat ini. . .

Comments

a.R said…
yg last tu bermakna betolll....huhuhu~

cik way cik way... 'VANILA CEKELAT lar......hehehe~
hahahahah,,,apa yg sungguh bermakna tuh cik muda nih mcm ada pengalaman la pulok...hahahahahha wat al