a journey to korea - day 6

19 feb 2012. Perjalanan pada hari yang keenam diteruskan lagi. Tetapi pada kali ini kami bermula agak lewat. Malas nak berjanji awal, takut nanti lambat la pulak. Siang siang aku sudah maklumkan kepada semua. Pd hari ini kita akan bergerak ikut bgn jam beraps. Paling lewat pun pada jam 1000 pagi. Selepas sarapan pagi tepat jam 1030 kami menerusksn perjalanan.Khabarnya derang nk tgk sesi pertukaran guard di istana. Mereka sudah bergerak awal. Tunggu dekat istana. Hanya tngg aku , adul, lily, ely dan pudeen sahaja. Kami menyusuri jln menuju ke istana. Tak nak ketinggalan menyaksikan sesi pertukaran pengawal istana tersebut. Perjalanan diteruskan dgn menaiki teksi dgn bayaran sebanyak 4000 won sahaja. Pertunjukan sesi pertukaran pengawal istsna ini merupakan satu persembahan yg amat unik. Satu tarikan pelancong yg terlalu tinggi nilai harganya utk tatapan rakyat korea serta pelancong asing amnya. Kalaulah sesi pertukaran ini dibuat secara besar besaran di jln istana di kuala lumpur, aku kira ada bnyk manfaatnya. Perlu ditunjukkan tradisi ini agar budaya kita org melayu tidak dilupakan begitu sahaja. Harus difikirkan sesuatu moga kita mendapat faedahnya suatu hari nnti. Kemudian kami meneruskan perjalanan selepas selesai mengambil gambar kenang kenangan. Perjalanan menuju ke ehwa woman university. Malangnya tidak bnyk kedai yg dibuka. Lupalah pulak hari ini hari ahad. Apalagi shopping lah dulu. Shopping beg tangan walau agak mahal pada harga tetapi murah pada kadar tukaran asing. Selepas selesai shopping di ehwa university, bukanlah dlm university betul, kat luar lah,kat dlm mau kena halau oleh pak guard nnti, kami semua bercadang utk menjamu selera di ithaewon lagi. Suka sngt derang ke sini, mentang mentanglah makanan halal senang didapati. Kami memilih utk mencuba makanan korea sementara adul nd wife selesa dgn mkn makanan iran. Agak lama jugalah menanti, tetapi setelah selesai merasa makanan halal korea segala rasa penat hilang bersama hirupan kuah kimci yg amat menyelerakan. Seterusnya kami semua bermuafakat utk meneruskan perjalanan pulang. Kami berhasrat utk ke dongdaemon pd mlm nnti. So rehat yg secukupnya perlu utk bekalan tenaga mlm nnti. Sesampainya di rumah kami bergegas utk membuat persiapan diri. Ada yg mengambil kesempatan utk mengisi perut yg kembali lapar, dan ada yg membuat sesi mengupdated diri di facebook. Aku meneruskan aktiviti aku. Mengemas brg hasil tangkapan pd hari ini. Wooo agak bnyk jugak duit aku dh bg kat org korea ni. Tepat jam 10 mlm, kami meneruskan perjalanan ke dongdaemon market. Hanya lily dan halen yg tidak turut serta. Derang nk shopping kat tmpt lain kot. Agak jauh jugaklah perjalanan kami. Ku kira ramai yg merungut disebabkan keletihan dan jauh berjalan. Nk buat mcmmana kan dh berjln di bumi org kenalah turut sikit. . . .Hohohoho disebabkan keletihan yg amat kami meneruskan perjalanan balik dgn menaiki teksi. Sesampainya di rumah ruangan dapur menjadi port lepak. Apa lagi meggie lah lagi. Selesai segala urusan so tidurlah dulu. . .Nk tidur smpai lebam. Chaiyook.

Comments