a Journey to Korea - Day 5

18 feb 2012. . .janji nak bangun awal hari ini. Tapi tersasar la pulak. . Heheheheh biasalah, terlajak. Selepas bersiap siap dan bersarapan pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke DMZ. Ataupun dalam bahasa panjangnya, demilitiarized zone between north korea and south korea. Daripada heyhwa station kami menuju ke seoul station.daripada seoul station kami perlu menuju ke ke gyeongui station. Daripada situ kami perlu menuju ke munsan station. Selepas bertukar station di munsan, kami perlu membeli tiket ke imjingak dengan beharga 1000 won sahaja. Setibanya di imjingak station kami perlu berjalan kaki menuju ke town di imjingak. Di situ tiket tour bas perlu dibeli terlebih dahulu. Walaubagaimanapun passport perlu disertakan bersama. Kalau terlupa membawa passport alamatnya tunggu sahaja kau disitu duduk diam diam. Setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak 11700 won untuk tour yang akan dibawa nanti. Bas akan bergerak setiap setengah jam. Jikalau anda menaiki jam pada jam 1200 pm, maka bas itulah yang perlu diikut untuk pergi dan balik. Paju merupakan sebuah pekan kecil yang ku kira mcm bandar koboi tapi tak mcm koboi, koboi punyer bandar lagi besh. . Tetapi keindahan disekitar bandar paju melekakan segalanya. Terlalu banyak monumen yang dibina disekitar tempat ini. Cantik dan menarik. Antara tarikan utama adalah fun fair dan taman untuk bermain layang layang mcm kat selayang.kesempatan itu kami gunakan untuk merakamkan keindahan bandar paju. Bas kami bergerak meninggalkan paju menuju ke DMZ pada jam 130 ptg. Perjalanan singkat selama 10 minit menuju ke kawasan larangan yg tlh dibuka oleh kerajaan korea selatan untuk tatapan umum.perjalanan kami yang pertama adalah menuju ke lorong bawah tanah yang pertama atau the first tunnel. Terowong bawah tanah ini telah digali oleh korea utara dan telah dijumpa oleh kerajaan korea selatan pada tahun 1989. Terowong ini digunakan untuk menyerang korea selatan disamping digunakan sebagai penyeludupan senjata. Selepas melihat tayangan video, kami meneruskan perjalanan menuju ke observatory zone untuk melihat korea utara dari jauh. Kelihatan susup bangunan yang terlalu usang, seolah olah tiada pembamgunan.kadang kadang terfikir la jugak, korea utara sebuah negara komunis tetapi berjaya membawa pasukan bola sepaknya sehingga ke piala dunia. Tapi kita? Bila lagi walau kemajuan sudah didepan mata tetapi, pembangunan sukan tidak seiring dengan kemajuan teknologi dan pembangunan infrastruktur. Entahlah.. . . . Malas nak fikir. Selepas selesai membeli barangan cenderamata, kami terus berangkat pulang. Tepat jam 430 ptg kami perlu mengejar train. Tetapi train yg seterusnya adalah pada jam 630 ptg. Teksi perlu diambil utk ke munsan station. Tak perlu menunggu lama sehingga 2 jam disini. Daripada munsan station kami perlu menuju ke digital media city tempat pertukaran station. Ingatkan adalah mcm lowyat tapi hampeh.. . . Kemudian perlu meneruskan perjalanan menuju ke seoul.station. Perlu pulang segera. Cuaca terlampau sejuk. Tak tahan. Mlm ini perlu keluar semula menuju ke dongdaemon utk shopping2. . . JAM SUDAH menunjukkan ke angka 7 mlm. Perlu berehat dahulu sebelum meneruskan perjalanan pada jam 12 tgh mlm nnti. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Tepat jam 12 mlm kami perlu bergerak menuju ke dongdaemon. Ingatkan semua nak ikut. Hampeh, semua sudah kepenatan, nak berehat dan tidur katanya. Alih alih aku, pudeen, lily dan helen sahaja yg pergi. Geng geng kaki shopping. Ok lah mcm biasa perjalanan kami diteruskan menuju ke dongdaemon market, tetapi aku naik.hairan kenapa bnyk kedai yg tutup. Mungkin mlm ahad kot. Takperlah kami menuju ke shopping mall xg berdekatan sahaja. Kira taklah mahal.sangat. Bolehlah tahan harganya murah. Tiada bynk tempat yg kami pergi memandangkan bmyk tempat shopping dititup. Tepat jam 3 pago kami meneruskan perjalanan balik. Susah jugak nak naik teksi nih. Nak sebut tempat kami tinggal pun susah. Aduyai.

Comments

a.R said…
malam pun kuar, mcm uptown ke kat situ?
yezza...uptown sampai pagi....sampai lebam...tapi tak tahan sejuk sangat...kul 12 balik dah