a Journey to Korea - day 4

17 Februari 2012 Memandangkan semalaman sudah kepenatan, kami bercadang untuk berjalan-jalan sahaja pada kami ini sambil memerhatikan keindahan Korea...... daripada rumah penginapan di Mr Sea Backpackers House kami meneruskan perjalanan menuju ke Chongdongrea palace (kira istana lama Raja Korea) dengan menaiki teksi. satu teksi beharga dalam 2500 won...boleh menggunakan alternatif lain iaitu berjalan kaki sahaja bagi yang fit dan kaki keras macam kulit badak.....taklah jauh sangat hanya kira-kira 1km dari rumah sahaja...... melihat keindahan istana korea nih tidaklah begitu mengujakan kami....oleh kerana cuaca yang teramat sejuk, kami terpaksa bergambar setakat yang mampu dan berlari lari mencari tempat yang agak panas....tetapi hampa. semua kawasan yang panas pun sejuk. Ku kira inilah perjalanan yang paling singkat dalam sejarah hidupku tak sampai setengah jam kami dah bergerak mencari cafe rastaurant di dalam kawasan yang berdekatan......hendak memanaskan badan dan minum seteguk kopi panas....urhhhh leganya badan........ daripada lokasi tersebut kami meneruskan perjalanan ke Dongrimun station menuju ke prison place kira macam Penjara Pudu lah macamtuh........keluar sahaja daripada station.....Prison Place sudah ada di sebelah kiri kami..... Ku kira kalaulah Penjara Pudu dibuat Muzium macam nih.....adalah lebih bagus dan baik daripada dikorbankan menjadi mangsa pembangunan kota metropolintan.....tapi nak buat macammana.....they have their own reasons..... usai melawat dan bergambar kenang-kenangan, kami meneruskan perjalanan menuku ke Ithaewon...perut perlu diisi dengan nasi...lapar yang amat..... daripada Dongrimon station kami menuju ke Yaksu station (Line 3) seterusnya mengambil station menuju ke Beotiquoqo (aku pun tak ingat mcm mana nak eja) dan terus menuju ke ithaewon station....... Alhamdulullah mungkin berkat doa kami....salji turun....tapi tidaklah terlalu lama kira-kira dalam 15 minit macam tuh.....tercapai jugak hasrat derang nak tgk salji....aku cuba merekod....tapi tak pastilah nampak ke tidak saljinyer..... hehehehehehe kami menuju ke restaurant iranian...makan nasi arab.....aku bercadang utk makan nasi kambing bersama dengan fresh oren panas....legelah sikit......lama kami menikmati suasana yang permai ini.....kenikmatan nasik yang tidak terhingga tapi sayang pedas.....derang bolehlah makan...aku...erkkkk kepedasan....... selepas selesai menunaikan sholat di Masjid yang berdekatan kami seterusnya menuju ke Yeouinaru Station menuju ke Hanghang River.....kami bercadang untuk menaiki cruise pada malam ini....kira hendak melihat keindahan korea pada suasa malam la pulak...... kedinginan malam amat membataskan pergerakan malam kami....kaki aku pun dah rasa nak tercabut kepala lutut...sakit sangan-sangat....suasana di tepi sungai sesungguhnya adalah suasanan yang paling nyaman lagi santai kalau ditambah lagi sambil minum air kelapa, tetapi di sini suasana angin malam memebuatkan kami menjadi gila sebentar...perlu berlari untuk memanaskan badan......terlalu sejuk ku kira...sejuk sangat-sangat........ dengan bayaran sebanyak 15000 won seorang kami menaiki criuse mengelilingi sungai Hangang River dalam masa satu jam......sambil sambil itu kami dihiburkan oleh artis jemputan yang meredakan suasana malam yang dingin....sesekali badan perlu diisi dengan asap sambil minum secawan kopi cokelat....ermmm leganya...sungguh nikmat tidak terasa sambil menahan kesejukan malam yang sudah sampai ke sum-sum tulang kaki...... selepas selesai mengelilingi sungai kami semua bercadang untuk terus balik ke rumah...tidak tahan dengan kesejukan malam...nak shopping pun tak mampu nak berjalan....... selepas makan dan berehat2 di ruang tamu....kami perlu tidur awal.....besok pagi kami perlu bergerak awal menuju ke DMZ.....boleh tgk sempadan Korea.....ermmmmm......cuaca esok mcm mana erk......

Comments