FRIEND SHIP


Apabila berbicara mengenai kawan atau sahabat, banyak tanggapan yang positif dan negatif yang perlu dijelaskan. apabila kita berbicara mengenai kawan, kita pasti mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. ada yang suka bila berbicara mengenai kawan, ada yang tidak beberapa suka dan ada yang mungkin tidak suka langsung mengenai topik perbincangan ini.

Bagi aku, kawan atau sahabat ini mempunyai definisi yang berbeza. Mungkin berbeza mengikut pendapat dari pelbagai orang. Pelbagai orang akan mendefinisikan sahabat atau kawan mengikut kaca mata peribadi masing-masing, mungkin mengikut pengalaman sendiri , atau mungkin mengikut pembacaan mengenai takrifan sahabat itu sendiri.

Tak perlulah dijelaskan makna sahabat atau kawan ini mengikut definisi kamus dewan atau mana-mana kamus bahasa melayu yang ada dipasaran terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tapi, cukuplah sekadar mendefinisikan sahabat mengikut kaca mata kita sendiri.

My late teacher punya late teacher pernah berkata di dunia ini terdapat 3 jenis sahabat :

Sahabat yang pertama nie jenis yang selalu kita jumpa hari hari. Apabila kita jumpa sahaja Kita just say hi and good bye. Thats' it. Dan jenis sahabat yang ini selalunya kita tak invite masuk ke rumah kita.

Sahabat yang kedua merupakan sahabat yang selalu kita jumpa, lepak makan dan minum hari hari. selalu jugak pergi ke mana-mana. Tapi biasanya kawan atau sahabat jenis ini kita hanya invite sampai depan pintu rumah sahaja. Kita tak jemput masuk ke dalam. Biasanya kawan atau sahabat jenis ini kawan yang kita panggil kawan masa susah atau masa senang sahaja.

Manakala sahabat yang ketiga merupakan sahabat sehidup semati kita. Sahabat yang sentiasa menolong kita di kala susah dan berkongsi di masa senang. Dialah sahabat semasa kita berduka dan sahabat di masa senang kita. Biasanya sahabat jenis ini kita akan invite sampai masuk ke dalam rumah.

Itu merupakan satu metafora mengenai pengertian seorang sahabat melalu kacamata tok guru aku dan aku sampaikan melalui pengolahan bahasa aku sendiri.Terpulang pada pendapat dan pendangan masing-masing mengenai pengertian sahabat itu sendiri. Yang penting sekurang-kurangnya kita tahu siapa kita melalui kaca mata sahabat kita sendiri. Adakah kita ini jenis sahabat yang pertama , yang kedua atau jenis yang ketiga?

Semua orang ingin menjadi sahabat dari jenis yang ketiga. Tetapi ramai orang yang tidak menyedari yang mereka hanyalah sahabat dari jenis yang kedua sahaja atau yang mungkin lebih malang dari jenis yang pertama.

Sekarang aku sedang memikirkan adakan aku ini sahabat dari jenis yang pertama, yang kedua atau yang ketiga.....ermmmmm marilah sama-sama kita mencongak dan mengira berapa ramai sahabat kita dari jenis tersebut atau kita ini dari jenis yang mana melalui kaca mata sahabat kita sendiri....

Comments