PREBIU FILEM PACIFIC RIM


Ulasanku: 

Tempat : East Cost Mall, Kuantan
Masa : 3.30 PM
Harga Tiket : RM13.00

Errrrr....Macam tengok ceriter Ultraman berlawan dengan raksasa. tetapi tiada Ultraman hanya diganti dengan polis robot menentang keganasan raksasa. Kalau kebanyakan kerosakan filem filem melayu hasil garapan pengarah dan terbitan penerbit yang hanya mengaut keuntungan semata-mata , filem ni lagi penuh kerosakan. Mula mula aku rasakan maruah aku jatuh bila menonton cerita ini....ermmmm memanglah tiada apa yang real di dalam filem. semua boleh jadi...cakap jer. boleh di jana dengan teknologi.  


Tempat kejadian seperti yang digambarkan di dalam filem ini adalah berlatarbelakangkan Hong Kong, Australia dan beberapa tempat lain. Tetapi yang peliknye kenapa bukan di Jepun? Takut dibayangi oleh Ultraman kot. Kejadian berlaku pada tahun 2022... Mengikut plot cerita pada masa tu, bumi seringkali di serang oleh makhluk asing gergasi yang diberi nama Kaiju. Yang mana dinding pemisah di antara alam makhluk asing tu dengan alam manusia adalah di dasar laut Pacific. Macam ada sikit mirip rumor kisah Dajjal dan keluarnya binatang dari perut bumi.....


Memang tak disangkal kehebatan aksi dalam cerita ini yang sentiasa padat dari minit pertama sehingga minit terakhir memeng best. Tiada plot bercakap yang banyak. Anda tak akan mengantuk tatkala menonton filem ini. Anda akan rasa teruja dan geram sebab raksasa makhluk asing tu terlalu kuat sampaikan robot ciptaan manusia tertumpas.

Awal kisah dipaparkan kisah hubungan baik antara adik abang. Sang adik kesedihan kerana abangnya terkorban dalam misi melawan makhluk gergasi itu. Lima tahu dia menghilangkan diri bagi merawat duka dan kesedihan. Penulis skrip atau pereka cerita ini agak keriatif bila mana mengabungkan dua manusia untuk mengawal sebuah robot gergasi. Yang mana, dua manusia itu perlulah ada keserasian emosi dan minda supaya masing-masing dapan mengerakan robot mereka dengan sekata.

Jangan nak main henpon masa menonton filem ini. Tertinggal satu minit jalan cerita akan buat anda tidak faham jalan ceritanya. Apa yang pasti, jika anda menghayati cerita filem ini anda akan merasa hidup di bumi dah tak selamat sebab makhluk gergasi ni terlalu kuat. Tembok besi pun dia boleh rempuh. Rasa macam nak pindah plenet lain je sebab bumi dah tak selamat.

Pada pendapat aku, filem ini bukan sebuah filem kosong. Ada pengisian yang boleh kita ambil. Contohnya, betapa pentingnya rasa tolak ansur dan sifat bekerjasama antara pasukan. Turut ada elemen kasih sayang antara adik beradik dan kasih ayah kepada anaknya. Turut diselitkan kesedihan atas kehilangan ibu bapa akibat kehancuran yang telah dilakukan oleh raksasa keji tu.

Cinta? Emmm.. lumrah kut, susah nak pisahkan kisah cinta dalam apa jua filem kerana lumrah hidup manusia memerlukan cinta sebagai tambahan rasa semangat yang berkurangan. Situasi banyak berlaku di dalam rumah, bangunan besi dan pusat kawalan robot. Babak Out door banyak ketika raksasa menganas menyerang kota Hong Kong.

Dalam penuh aksi, berdebar dan kegembiraan, terselit juga kesedihan di sebalik kisah Rinko yang punya sejarah sedih ketika usia kecilnya. Dia kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi. Ada jugaklah babak sebak yang buat aku touching gitu....memang filem ini menarik walaupun ketahyulannya memang jelas nyata. Tapi, kita tengoklah dari sudut fiksinya dan bukan dari sudut tahyulnya.
Dari 5 bintang aku rate 3.8 bintang. Tak nyesal tengok dan tak akan mengantuk tengok filem ni. Namun, citarasa setiap orang berbeza-beza. Andai anda pengemar filem aksi penuh CGI yang nampak sangat real, filem ini boleh dijadikan salah satu filem pilihan untuk ditonton.





Comments