KEBENARAN ITU BENAR WALAU IA PAHIT UNTUK DITELAN

Benar....bijak pandai pernah berkata, berkata benarlah walau kebenaran itu pahit. Namun berapa ramai dikalangan kita yang mampu mempraktikkan perkara ini? 
Ku kira dalam seribu mungkin hanya 3 orang sahaja yang bisa menuturkan kebenaran. Mengapa perlu menyembunyikan kebenaran? Mungkin sedap bergelumang dengan noda dan dosa, itu mungkin sebab mengapa ramai manusia di atas muka bumi ini yang tidak menzahirkan perilaku sebagai manusia yang bertamadun. 
ermmmmmm.....mungkin kita sudah jauh terpesong dari landasan agama. mungkin jua tidak takut akan Pemilik Agung atau mungkin keseronokan duniawi yang membutakan mata manusia dari melihat apa yang salah dan apa yang betul. 
Benar lagi kata bijak pandai, Cinta itu memang buta dan sanggup dibutakan, hingga larut ditelanjangi nafsu serakah masing masing yang dahagakan kasih dan sayang. memang buta, buta segala. hingga sanggup mengetepikan agama yang disanjung tinggi, sanggup menelanjangi akidah diri. 
manusia, memang manusia mudah lupa dan alpha. sekali terkena pasti tidak belajar dari keinsafan diri. sebab tarikan durjana iblis itu bisa mengheret manusia ke lembah yang paling hina. hina sehinanya. 
memang kita tidak sempurna, memang kita tidak bisa lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan, tetapi manusia dari jenis apakah ini yang sanggup mengetepikan jurang diri dari lunas agama dan sanggup melihat diri rebah ke pangkuan durjana di celah kangkangan iblis. hanya manusia yang tidak berfikir sahaja yang bisa melakukannya, yang hanya memikirkan kesedapan duniawi semata-mata.

kita mungkin disalahkan bilamana kita tidak menilai seseorang itu atas apa yang telah berlaku. tetapi hanya manusia yang tidak berfikir sahaja yang sanggup mencari pelbagai alasan dan helah untuk membuktikan bahawa dia tetap benar walau dia tahu sekalipun perkara yang dilakukan itu adalah dosa semata. 
atau mungkin dia sudah jadi buta, buta dunia hingga tidak tahu menilai yang mana salah dan yang mana betul. yang mana dosa dan yang mana pahala. asal sedap dipandangan mata boleh buat janji aku bahagia. itu memang sifat manusia. tetapi sesungguhnya walau merasakan matlamat itu betul sekalipun tetapi cara yang dibuat itu yang tetap salah.

matlamat yang betul tidak menghalalkan cara.... apa yang bisa kita buat hanya mampu berdoa kepada Yang Esa agar dibuka ruang taubat untuk kita. kita memang manusia yang berdosa. berdosa sangat sangat. cukup sempit ruang dalam diri kita ini kita peruntukkan kepada Tuhan. terlalu sedikit atau mungkin tiada langsung. kalau mana kita bisa menegur seseorang itu dengan lidah kita teruskanlah, jika tidak mampu sekalipun kita berdoa sahajalah agar kita terhindar dari segala kemaksiatan dunia yang semakin bermaharajalela.

Tulisan ini kuabadikan untuk diriku sendiri, tiada kena mengena denga sesiapa mahupun untuk memburukakan sesiapa. maaf andai terasa. tiada niat dihati untuk menghancurkan segala. jauh sangat sangat. apa yang mampu ku lakukan hanya berserah pada yang esa moga dibukakan pintu taubat untuk kita selagi nafas kita masih bertunjang pada kasih yang esa.

@wayzaznotanemptyhand

Comments

Unknown said…
Insya'ALLAH... Alhamdulillah..sgguh bermakna..