9 JUN 2011 (KHAMIS)
Kata orang belajar dari pengalaman boleh mendewasakan seseorang. Tetapi perkara tersebut tidak terjadi pula ke atas aku seorang insan degil yang ingin berkelana di bumi tuhan. Duit masih belum ditukar lagi (mungkin keributan semasa ke Korea sudah dilupai). Mujur hari ini aku sudah mengambil cuti. Kalau tidak makin haru biru dibuatnya. Selepas selesai sedikit urusan di UIA Gombak, aku dah Adul meneruskan perjalanan ke Bank Of China. Tempat segala urusan visa perlu diuruskan sebelum berangkat pergi ke China. Usai sudah melakukan pertukaran duit lantas bergegas ke Putrajaya. Jam sudah menunjukkan ke angka 2.30pm. perut masih belum diisi lagi. Lapor bebena rasernyer teman nih….. aku perlu menyelesaikan urusan penting terlebih dahulu sebelum meneruskan urusan ke agenda yang lain.
Assignment yang sudah disiapkan perlu dihantar segera ke JPA. Selesai sudah sesi book review aku tanpa perlu memenatkan otak. Kalau tidak makin hancur lebur aku menjadi abu….satu lagi perkara penting yang perlu diselesaikan sebelum aku berangkat ke LCCT, Ezwan perlu dicari. Dia sudah beberapa kali pergi ke China atas urusan bisnes. Jadi segala bisness kad pekedai-pekedai di china ada di dalam simpanannya. Aku amat memerlukan peta dan alamat-alamat penting sepanjang berada di Tanah besar nanti. Tiada kelibat ezwan di pejabat. Aku sudah makin kelibut dibuatnya. lantas jari menari. Satu panggilan dibuat. “dalam perjalanan katanya”. Syukur. Setelah melakukan paksa rela ke atas ezwan, kami bergegas menuju ke rumah sewaannya di Puchong Perdana. Segala kad-kad telah diserahkan sepenuhnya kepada aku. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku ada data dan maklumat sebelum berangkat pergi ke Negara orang.
Barang-barang masih belum lagi di kemas. Aargghhh….tension aku dibuatnya. Selesai membeli bekalan makanan di Pasaraya Mydin, aku dan adul terus bergegas menuju ke Presint 9. Barang-barang perlu “dipacking” secukupnya. “Malas nak bawak barang banyak-banyak” kata adul. Cukup sahaja berbekalkan 2 helai baju dan dua pasang seluar jeans. Takpayah banyak-banyak, nanti boleh beli disana katanya lagi. Ok lah….aku mengiyakan.
Megat perlu dicari. Arifah takder kat rumah. Busy dengan sukan kata jai sejurus sampai. Takperlah ingatkan nak mintak arifah tolong hantarkan kami ke LCCT. Sorry Megat, aku terpaksa menyusahkan kau. Kadang-kadang malu jugak rasanya mintak tolong kat orang nih. Tapi kalau sudah terpaksa……I have to. Takut nanti akan timbul kata-kata yang kurang garam untuk didengari. Tapi aku percaya Megat bukan orangnya…
Usai menanti Megat sampai dengan senyum lebarnya, kami lepak-lepak dulu. Tepat Jam 6.00pm, kami meneruskan perjalanan menuju ke LCCT. Sejurus sampai terus ke balai masuk. “check in “ dulu, kemudian menuju ke destinasi wajib…Mc’D….heheheheh sambil usha-usha awek Air Asia lalu lalang, kami menjamu selera tekak dan selera mata sekaligus. Penat siang tadi terkejar-kejar terasa hilang seketika. Ermmmm……
Tepat jam 8.00 malam terus masuk ke balai perlepasan. Terima kasih banyak-banyak Megat sebab tolong hantarkan kami. Jaga kereta aku bain-baik. Jangan sampai masuk balairong istana. Perjalanan menuju ke Guangzhou mengambil masa selama empat (4) jam.
Tepat jam 8.30 malam kami berangkat menuju ke Lapangan terbang Bainyu, Guangzhou, China. Mujur ader awek China di sebelah. Study di segi College katanya. Jadi tidaklah bosan sangat. Sempatlah kami mendapatkan sedikit maklumat dan info perjalanan, termasuk tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi untuk aktiviti membeli belah di sana nanti.
Errmmm….mata dah makin tak daya untuk dibuka.. lena lah dulu sebelum menanti ketibaan makanan yang di bawa oleh dayang-dayang di langit biru. Bermacam-macam perkara berlegar-legar di fikiran aku mengenai Negara ini. Perkara pertama kebarangkalian untuk di tipu oleh Pemandu Teksi adalah tinggi. Di samping menghadapi kesusahan untuk berkomunikasi dengan mereka nanti. Dalam pada itu juga perjalanan ke sana nanti hanya menggunakan teksi sahaja. Untuk menggunakan bas dan subway mungkin akan menyebabkan risiko sesat menjadikan perjalanan kami akan lebih mencabar hati dan perasaan.
Kami tiba tepat jam 12. 35 pagi. Melihat bandaraya China dari ruang angkasa menjadikan aku rasa bersyukur dengan keindahan cipataan Allah melalui tangan manusia. Terasa indahnya bumi Tuhan ini. Sesekali fikiran aku menerjah ke zaman lampau. Terbayangkan betapa sabar dan cekalnya Laksamana Cheng Ho serta delegasi dari Tanah besar China menuju pelayaran ke Bumi Hang Tuah. Jikalau perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Guangzhou hanya mengambil masa selama empat (4) jam sahaja dengan menggunakan kecanggihan kapal terbang, aku tak terbayangkan berapa lamakah masa yang diambil oleh delegasi dari china itu menuju pelayaran ke bumi Melaka? Aku kira-kira mungkin dua (2) purnama lamanya.
Ah, biarlah Laksamana dengan ceritanya, kali ini pula perjalanan menuju ke destinasi akan menjadi lebih kucar-kacir kepada sesiapa sahaja yang baru pertama kali menjejakkan kaki menuju ke bumi asing. Tidak terkecuali bagi aku yang sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke bumi asing yang lain. Perkara pertama yang bermain difikiranku adalah, peluang untuk di tipu oleh Pamandu Teksi di Lapangan Terbang nanti. Lebih-lebih lagi orang asing seperti kami. Di kiri dan kanan jalan penuh dengan ulat-ulat yang ingin “mengepow” dan menjerat mangsa. Kami tidak terkecuali. Aku ingat lagi pesan awek cina sewaktu dalam kapal terbang tadi, jangan cepat terpengaruh dengan depa nih, depa nih mata kelabu sikit noo (seteleh diterjemahkan ke dlm bahasa penang).
Ingatkan nak tidur dan bermalan di airport sahaja malam ini. Tetapi mengikut kata depa-depa nih airport akan ditutup pada jam 2 pagi. Iyer ker….aku macam tak percaya jer….KLIA 24 jam bukak, habaq saja nak duit kami nooo wahai ulat-ulat gonggok yang tidak beralis mata. Last-last setelah beberapa orang ulat telah tewas dalam pertempuran, akhirnya kami decided untuk tidur di hotel sahaja malam ini. Teksi terus dicari. Biasalah bab-bab tawar menawar dengan teksi ni boleh mencetuskan perang dingin di musim panas nih. Beberapa aksi tarik menarik hingga bertegang urat sesama sendiri dapat disaksikan. Lantak koranglah yang penting aku dapat bayaran yang ok. Bermula sebanyak 250, kemudian 180, kemudian 150, akhirnya perjalanan teksi kami bernilai 120 CNY, atau jika diterjemahkan ke dalam bahasa ringgitnya menjadi RM60 untuk satu teksi. Bahasa takpayah diceritakanlah, daripada berbahasa Inggeris dengan mereka nie lebih baik cakap Melayu jer. Menambah tidak mengurang pun tidak. Yang penting kalkulator sedia di tangan untuk tawar menawar.
Sepanjang perjalanan keluar dari lapangan terbang, telinga aku makin bingit dengan bunyi hon setiap kereta. Takleh diamkah…memekak sepanjang jalan, dahlah driver nih jenis yang kureng sikit. Meludah keluar tingkap sesuka hati tanpa mengikut garis panduan meludah seperti yang telah diwartakan. Dasar…… tapi yang baiknya driver nih macam tau-tau saja aku nak rokok. Rokok habis sudah, apalagi merasa lah rokok buatan china.
Hampir setiap 5 minit telefon driver nih asyik bordering, dahlah menjawab panggilan macam orang hendak bergaduh, suara tak payah cakaplah, lebih kuat dari enjin kereta ni ku rasa. Separuh perjalanan, teksi berhenti di simpang jalan. Aper cer beb? Aku dah mula rasa tidak sedap hati. Sebuah kereta hitam sedia menanti di tepi jalan. Kami diarahkan keluar dan berpindah ke kereta tersebut tanpa banyak bicara dan tanpa paksaan. Eih nie aper pulak, nak tanya lebih-lebih mereka-mereka nih mana faham cakap jepun. Habislah, macam-macam perkara negative bermain di kepala aku. Aku dah mula terbayangkan dijual di sempadan Thailand, dipaksa jadi pengemis dan sebagainya. Harap-harap tiada sesuatu yang buruk akan berlaku.
Adul mula meyakinkan aku agar jangan berburuk sangka. Mungkin driver yang pertama tadi merupakan runner sahaja. Kemudian menyerahkan penumpang kepada 2nd runner untuk menghantar ke destinasi katanya. Iya kot, ako mengiyakan untuk menyedapkan hati. Bukan cuba berburuk sangka, tetapi faham-faham sahajalah, nie kan Negara ……
Perjalanan sepanjang jalan sudah tidak menarik perhatianku lagi. Struktur bangunan dan hiasan landskap yang menarik tidak menarik perhatiaku. Sesekali hatiku bergetus, begitu pesat Tanah Besar ini membangun. Mungkin rakyatnya yang begitu ramai menyebabkan pembangunan yang pesat menjadikan Tanah Besar ini menjadi pusat pembangunan ekonomi dunia.
Sampai di sebuah bangunan, driver terus memberhentikan teksinya. Sudah sampai katanya. Aku memerhatikan kea rah bangunan. Tertera nama Hotel Jianjiang (macam nama Hotel Jinjang di Setapak jer). Alhamdulillah, sampai sudah ke destinasi. Tulah jangan cepat berburuk sangka kata Adul lagi , bunyi macam memperli aku jer. Duit tambang lantas diserahkan. Takder pulak dia kata nie duit palsa. Mungkin gembira sebab dah “pow” kami. Biasanya perjalanan daripada Lapangan Terbang ke Hotel ini adalah sebanyak 80 CNY ataupun kira-kira RM40. Takperlah kira sedekah lah RM20.
Kami lantas bergerak menuju ke lobi hotel. Harap-harap ada lagi kekosongan, sebab pagi tadi pun kami dan survey melalui internet, tetapi tiada kekosongan buat masa ini. Receptionist memberikan khabar duka. Tiada bilik kosong buat masa ini. Aku dah mula menggelabah, mana hendak tidur. Takkan kat tepi jalan kot. Dekat luar kelibat gelendangan tidur di kaki lima amat menyayukan aku. Dekat KL lagi ramai yang tiada rumah, boleh jer tidur di tepi jalan. Sesekali ada juga rasa nak join mereka nih. Apa salahnya sekali sekala kan.
Berkali-kali aku memaksa receptionist ni supaya mencarikan jugak bilik kosong. Tetapi berkali-kali jugak dia mengatakan bilik dah penuh. Geram jugak aku, kalau boleh aku nak tengok skrin computer derang nih. Mungkin atas sebab desakan berkali-kali, dia terus memanggil seorang security untuk membawa kami ke sebuah hotel lain yang berdekatan. Mungkin kesian agaknya, baik juga hati perut mereka nih, ingatkan Negara komunis tiada hati dan perasaan punya orang. Dengan berjalan kaki KAMI meredah kesepian malam menuju ke Hotel yang lain. Ingatkan jauh, tapi rupanya dalam 5 minit sahaja berjalan kaki. Mujur ada bilik kosong di Hotel tersebut, Forest Hotel. Ku kira sebuah hotel baru yang menawarkan harga yang berpatutan. Semalam untuk twin sharing berjumlah 245 CNY. Kira-kira dalam RM116 semalam. Seorang dalam RM60.00. Ok lah daripada tiada.
Terlalu penat, kami sempat merehatkan badan sekejap. Perut pun dah mulai lapar. Apalagi makan Maggie la kami malam nie disamping Lembest bread (mcm roti dalam cerita TLOTR, yang di makan oleh hobbits…hehehehheh). Alamak aircond pulak buat hal…panas la pulak malam nih….kalo boleh nak bogel jer akibat kepanasan. Sampai pagi tak boleh tidur lena….kesian kalau boleh aku nak letak jer kepala dalam peti ais, panas punya pasal….apa la derang nih……
10 JUN 2011 (JUMAAT)
Panas punya pasal, tidur pun tak cukup, ampeh nyer Hotel. Tapi nak buat macammana, nak cari Hotel lain, tak tahu pulak jalan nak ke mana, kalau derang semua fasih cakap melayu boleh la jugak….at last, kami extended lagi sehari dekat hotel sini. Sempat lagi kami complaint, aircond rosak. Takper lah nanti derang hantar technician untuk baiki.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan untuk melihat keindahan dan kehebatan Guangzhou yang diuar-uarkan. Aku masih ingat lagi kata-kata member aku ezuwan tempoh hari. Guangzhoua adalah negeri penipu, tapi penipu yang licik. Harap-harap kami tidak tergolong dalam golongan yang kena tipu. Tapi member aku Rahman cakap, kalau dah kena tipu betullah tu memang sudah sampai di China.
Berbekalkan Business Kad kami memberanikan diri meredah arus di bumi asing. Memang butul-betul asing. Kami menuju ke tempat membeli belah yang kira famous jugak dekat Guangzhou, Sha Na Rang. Memang terlalu ramai manusia di sini. Shopping Kompleks di merata-rata tempat. Kami pun tak tahu ke mana arah yang hendak dituju. Takper kira window shopping dulu la.
Bosan di Sha Na Rang, kami menuju ke Fei Wu Market. Di sekeliling market, semua shop lot menjual kasut-kasut sahaja, di kiri dan kanan jalan semua kasut. Depan belakang tepi kiri dan kanan jalan semua kasut.kasut…kasut…dan kasut. Wa tak boleh blah dow. Kasut kulit ada, kasut original ada, kasut tak ori pun ada. Yang bagus orang di China nie, semua ada brand sendiri. Tidak mengagungkan brand luar. Kalau ada menggunakan brand luar pun, ada yang copy, kira tidak ori lah tuh.
Delegasi kami diteruskan menuju ke China Mall. Mana tidaknya, nak membeli pun tidak terdaya. Ramainya manusia. Pergi ke shopping mall, mungkin ada kesempatan untuk membeli belah di sana. Tetapi ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari (betul ker peribahasa yang aku guna). Rupanya dekat sini pun sama sahaja. Barang berjenama memanglah mahal. Tapi takper, sekurang-kurangnya adalah kelapangan berjalan-jalan di sini.
Perjalanan diteruskan menuju ke China street. Kira macam petaling street la.bolehlah mencuci mata melihat aweks-aweks China. Tapi taklah stylo sangat aku lihat. Biasa-biasa saja fesyen derang nih. Tapi kenapa pulak sampai world fesyen mengiktiraf derang nih…hehehehhehehe Cuma muskyil ja.
Bosan di china street, kami bergegas menuju ke Forest Hotel. Takder la shopping sakan hari ini. Cuma sekadar melihat keindahan china sahaja. Kesempatan menunggu teksi merupakan neraka dunia bagi aku. Di sini sesiapa yang cepat dia yang dapat. No rule. Memang dasar komunis betul lah derang nih. Aku dok asyik tanya driver teksi, alih-alih dah ada orang duduk dekat belakang…ampeh punya orang, oi…aku dulu la, yang ko masuk teksi yang aku tahan buat apa…dasar…..last-last dapat la jugak teksi, itupun setelah melarikan diri nun di seberang sana….cisss…ingat nak ke jade street, semua teksi satu pun tak ingin nak kesana.apa, susah sangat ker nak ke sana…ahhhh malaslah, baik balik ke Hotel.
Sampai di Hotel, Sempat la merehatkan diri. Makan-makan sambil melihat cerita cina yang ku tak faham langsung. Ma dah mengantuk, besok nak berjalan-jalan lagi….. oh by the way, aircond dah ok, bukannya rosak Cuma salah setting. Heheheh, dapat lah diskaun harga hotel semalam….hehehehhehe kurang asam……
11 JUN 2011 (SABTU)
Hari ini kalau boleh nak dapatkan jugak barang-barang keperluan yang diingini. Selepas bersiap-siap dan bersarapan pagi dengan roti kosong, kami meneruskan perjalanan menuju ke Ganting,sebuah tempat elektronik, menjual peralatan-peralatan computer seperti hard disk dan bermacam-macam lagi lah. Kira macam plaza lowyat lah di Kl. Di sini memang syurga peralatan computer. Memang rambang mata aku dibuatnya. Masuk dari satu bangunan ke satu bangunan, apalah yang mampu aku lakukan, Cuma menelan air liur melihat kemurahan yang teramat sangat. Aku tak pasti adakah murah atau aku yang masih buta harga dengan peralatan computer ini. Tapi mujurlah ada adul, manjadi pakar rujuk untuk peralatan-peralatan yang aku ingini.
Kalau boleh di sini aku datang dengan tujuan untuk membeli peralatan seperti external hard disc 1 TB, Ipod dan Ipad kalau murah lah. Aku mendapat barang-barang yang aku ingini. Ipod nano 32 GB yang beharga RM61.00, External Hard Disc Samsung 1 TB yang beharga RM170.00. kira mahal lah jugak kot….sempat lah jugak membelek Garmin. Angkat lah satu….ermmmm RM450.00 satu. Dekat KL aku tak pastilah GPS (Garmin) berapa RM. Bak kata adul Garmin (GPS) beharga RM800.00…ermmmmm takperlah nanti check balik.
Perjalanan diteruskan menuju ke Jade street dan mana-mana street yang kami nak jalan. Adul sempat jugak membeli Handphone. Rasa teringin jugak nak beli Samsung Galaxy S satu, tapi…ermmmmm takperlah kot, nanti next time beli. IPAD…erm RM800, nak la jugak….tapi….ermmmm…beli lah benda2 yang penting dulu beb…..
Menuju ke street yang glamour di China mengujakan aku seketika, mana tidaknya sebegitu ramai umat manusia bermata seksi macam aku ada disini. Tapi derang nih pandai la jugak membezakan orang luar dengan local. Walaupun aku bermata sepet (mata aku sepet ker? Aku tengok macam biasa jer….cissss), derang boleh kenal jugak. Mungkin sebab dressing aku kot. “malaisia” kater mereka dengan pelat nya. Heng hou…..singapore tahun, Malaysia pon tak tahu, apala derang nih…..
Kira hampir semua street sudah kami lalui. Jade street yang memukau mata memandang. Aku tak mampu bersuara, harga bolehlah tahan kira2 RM15.00 seketul. Tapi, malaslah nak beli, aku bukan nak buat aper pon, telan air liur ajalah….nak bagi saper la pulak erkkkk? Nnti lah beli. Perjalanan nih kira begitu menyabarkan aku dan adul, adalah sesekali kami berselisih pendapat dengan jalan mana yang harus dituju. Aku kata ikut jalan ini, adul kata ikut jalan itu, tapi kira adul banyak bersabar la dengan aku….heheheheh maybe aku nih bukan penyabar punya orang, takper lah ikut lah instinct….jalan saja, asal Nampak jalan…..
Di sini banyak jugaklah barang-barang yang kami shopping, macam2 lah jugak…kira aderlah barang yang di beli. Terasa penatlah pulak. Hari nie ingat nak berjalan kaki sahaja menuju ke hotel.kira sekatlah jugak dalam 2 jam berjalan kaki dari street jade menuju ke Hotel tempat kami menginap….ermmmm penat siot…ingat dekat, tapi dekatlah jugak. Sekurang-kurangnya kami tahu jalan dan tidak sesat dan yang paling utama tidak kena tipu oleh pemandu teksi yang kaki penipu, kata org2 yang pernah kena tipu di China.
SAMPAI di Hotel, merehatkan badan sambil membelek-belek gadget yang diperolehi tadi….ermmmm, badan dah lesu, nak tidoq , penat jalan kaki 2 jam…..
12 JUN 2011 (AHAD)
Bangun lewat lah jugak hari ini.dalam jam Sembilan lah gitu. Setelah bersiap-siap dan bersarapan pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke car accessories center. Macam biasa menggunakan teksi bermeter. Perjalanan terlalu jauh sebab menuju ke daerah lain di Baiyun. Kenalah jugak RM30. Kena tipu lah jugak sebab teksi tak pakai meter, meter punyalah laju, tak di on. Cilaka….sesampai di sana, semua lengang. Memang betul2 asing di sini. Aku kira macam berada di Korea Utara. Tiba2 boleh meletus perang.
Kecut perut lah jugak dibuatnya….kedai tak bukak, tutup. Ingat nak lah touch up Persona aku dengan accessories di sini. Hampeh, kedai tutup, hari Ahad. Kami merancang menuju ke Leather center. Nampak macam tak jauh kira-kira 20 CNY (RM10.00). di sini lagi rambang mata dengan barang-barang leather nya. Tak duduk diam kami di buatnya. Aku sempat tibia Beg samsonite yang beharga RM50.00….wuyoooo murah lah jugak. Adul sempat tibia dua beg samsonite lagi….tak nak mengalah lah tuh. Murah punya pasal. Sempat lah jugak aku beli beg untuk mak aku. Nampak macam ori dapat beg LV RM30.00….
Rasa macam tak selesa berjalan dengan beg dan barang penuh didada. Apa lagi kami decided untuk balik ke hotel dahulu. Ingatkan jauh, dekat nak mampus dari sini ke Hotel tempat kami menginap. Aku rasa kalau berjalan kaki adalah dalam satu jam. Demmmmm….
Berehat sekejap, selepas qada’ zohor dan asar, kami meneruskan perjalanan menuju ke Toys and Gifts center. Dekat lah jugak. Apalagi, sesi rambang mata bermula. Di sini barulah aku Nampak muka-muka orang melayu. Sempat lah bertegur sapa dengan mereka…ooooo org Johor….salam…..
Aku rasa macam nak beli satu bangunan barang di sini, bawak balik kl. Barang memang terlalu murah, patutlah mereka-mereka ni suka ke China. Syurga membeli belah. Apalagi borong sakan la…..tapi aku taklah ikut nafsu syaitan, beli lah apa yang termampu dan apa yang terpatut. Jangan membazir beb. Ada lah kena tipu, tapi kena tipu pun barang yang di beli masih murah kalau dibandingkan dengan duit Malaysia. Ermmmm….mujur tempat nie tutup pukul 6 petang, kalau tidak sampai ke malam aku tak habis soping lagi nih….
Merehatkan otak dulu sambil lepak2 memerhatikan gelagat manusia di sini. Orang ramai lalu lalang. Macam pesta. Berkerumun di satu2 tempat dan berpusu-pusa macam itik dan ayam pulang petang. Ramai peniaga-peniaga di kaki lima berniaga secara haram, Nampak sahaja polis semua mengusung barang mancari tempat berlindung. Kekadang lucu jugak menyaksikan seketika cerekarama di oetang hari.
Orang disini ku lihat semua takutkan polis, Nampak sahaja polis semua macam nak mengelak. Ada lah jugak mendapat sedikit info yang polis di China anti rasuh. Kalau kita kena pow, or kena ragut jeritlah polis…polis… nescaya pencuri pasti mencampakkan balik barang-barang yang telah diragut. Jenayah jalanan memang sifar disini, kira selamat lah jugak berjalan di sini tak macam kalau berjalan di Kl. Tetapi keselamatan di Korea aku bandingkan 100 kali lebih selamat berbanding di China dan 200 kali lebih selamat berbanding di Malaysia. Ku kira jugak dalam 300 kali lebih selamat berbanding di Thailand…..ermmm iyer kot, itu hanya jangkaan aku sahaja. Semua bebas untuk memberi pandangan secara rambang dan secara kasar sahaja.
Ermmm, sedaplah jugak sate orang Taji nih, tak macam sate kita. Bezanya pencucuk sate kita halus macam benang, di sini besar jari kelingking, tapi sate nya empat ketul sahaja. Kira tak padanlah. Patut serang pakai pencucuk sate kita, kita pakai pencucuk sate derang. Bak kata adul, derang takder pokok kelapa, pakai pencucuk sate buluh sahaja…ermmmmm haus lah pulak nak minum air kelapa…tapi sayang kelapanya tua, itupun masih ramai lagi yang nak beli….
Sesekali terpandang akan buah durian yang menusuk kalbu…teringin nak makan durian China, sedap ker? Ermmmm telan air liur ajalah…banyak tuh di KL kata Adul…iya…ya….ya….kalau boleh balik Kl nih aku nak makan durian banyak-banyak…..
Nasik pun tak jamah lagih nih…geram betul aki tengok KFC dangan MC’d nih…..ermmmm telan air liur saja….balik KL aku nak makan KFC dengan MC’d puas-puas….tak sabar rasanya nak balik KL…..KFC….MC’d…..Durian…..air Oren…..
Jom balik kita, adul bersuara mematikan lamunan terhenti aku…apa lagi balik jalan kaki joe….melihat panorama Guangzhou di malam hari…lalal…lalalal…alalal….jalan berlenggnag-lenggang taklah jauh sanagt dalam 45 minit sahaja…..
Ermmmmm….mengharungi har-hari yang sama, pintu bilik hotel yang tak dapat dibuka, dan turun ke bawah mintak tolong dibukakkan pintu…eihhh derang nih mintak diskaun lebih2 marah lah pulak……
Rehat….rehat…rehat…..ermmmmm…besok nak shopping mana lagih nih…..
13 JUN 2011 (ISNIN)
Letih semalaman masih terasa. Selepas subuh gajah, tidur seketika. Adul masih lagi pengsan di selimuti selimut babi. Hahahahah….jangan mara naaa….. selepas siap mandi manda dan berkemas, kirer macam bersolek ala2 P ramlee, sarapan roti pisang yang ku beli di Mydin dulu. Kira banyak berjasa jugaklah roti pisang nih, kenyang la seketika….tiba2 teringat dekat mak aku dekat rawang, makan apa pulak depa pagi nih….huhuhuhuhuhuh…….
Perjalanan kami perlu diteruskan, seterusnya dengan menaiki kenderaan rasmi, kami bergerak menuju ke Sports Mall. Khabarnya semua peralatan sukan di Jual di sini. Ingat nak beli swimming cap dan raket badminton. Harap-harap ada Raket Li Ning.
Sewaktu menaiki teksi pastikan, pemandu teksi menekan butang “on” pada papan kekunci. Kalau tidak, pasti kita di tipu. Meter tetap berjalan, tetapi laju macam nak mampus. Setakat nih sudah dua (2) kali pemandu teksi tidak menekan papan kekunci pada meter teksinya. Patutlah mahal nak mampus. Bangkai ayam betul lah….kena tipu jugak akhirnya. Betullah tuh kalau kena tipu memang betul2 pasti sudah berada di China. Sebelum meneruskan perjalanan ke shopping mall, kami menuju ke Bank of China dahulu. Ingat nak tukar duit dulu. Mujur ada bawak USD. Tapi duit aku banyak lagi. Hanya adul yang membuat tukaran dari USD ke CNY. Untunglah sedikit dalam 400 CNY.
Berjalan kaki sambil melihat panorama di China sungguh mendamaikan sekali. Aku kira berjalan kaki merupakan satu aktiviti yang sihat. Setakat ini sku sudah turun 2kg sepanjang berada di China. Ermmmm baguih la jugak, boleh slim. Tapi kalau aku berada lama di sini mau kurus kering aku dibuatnya.
Sepanjang berjalan nih, tak lah pulak aku Nampak sports shopping mall. Mengikut perkiraan amoi di Bank tadi kedai tersebut sudah di tutup…ermmm mampuih, takpa, sabaq, jalan saja mana tau jumpa. Sempat lah jugak kami masuk ke University of China, sesat punya pasal. Aku kira pasti ada kedai sukan di dalam kampus. Mungkin dapat lagi murah. Akhirnya terjumpa jugak kedai menjual peralatan sukan, nun di sudut hujung di pintu keluar pagar University. Kira macam terperosok jauh jugak lah kedai tersebut. Li Ning punya pasal, kami sanggup menunggu.
Makcik yang jual peralatan sukan nih memang peramah punya orang. Tahap cipan terbang lah..aku dan adul request Li Ning raket Badminton. Dapat lah jugak dua pasang. Itupun setelah dia berjalan kaki entah ke mana, mencari raket tersebut. Mesti ada tempat ku rasa. Dapatlah dalam 200 CNY sepasang. Kira murah lah jugak. Tapi dalam hati aku masih musykil. Dekat mana makcik nie ambik raket tersebut. Alang2 berada di kedai tersebut, sempat lah tawar menawar baju dan tali raket. Dapatlah murah. Sampai anak makcik tersebut menangis2 . aku pun tak paham kenapa, malas nak tanya, mungkin sebab kami dah tawar terlenih murah kot…sian jugak aku tengok, dia kena marah oleh emaknya…hehehheeh nak buat macam mana makcik murah punya pasal…..heheheheheh
Di luar hujan turun dengan lebatnya, sempat berasap Rokok Marlboro Vietnam. Ingat nak cek kedai mana makcik nie pergi ambil raket yang kami dah beli tadi. Demmm, satu bangunan menjual peralatan sukan tesergam betul2 di depan hidung. Macam mana kami tak Nampak. Usha-usha la dulu, mana tau dapat lagi murah.
Memang demmm, kami sudah kena tipu, lagi murah daripada tadi pun ada. Rasa kesian kepada anak makcik tersebut sudah hilang (walaupun lawa). Patutlah makcik nih peramah tahap cipan nak beranak. Dengan 200 CNY tadi aku boleh beli 3 raket. Demmmm…. Dasar penipu….sabaq hang kan dekat China….memang sah lagi sahih kena tipu.
Tak puas hati punya pasal, aku beli lagi raket dan satu beg. Baru puas hati aku….lagi murah dan dapat yang lagi berkualiti. Victor lagi wa cakap lu….makcik makcik, sampai hati ko tipu aku…..takpa padanlah dengan airmata anak mu itu….berbaloi-baloi….. adul apa lagi borong sampai pengsan….kalau aku buat bisnes nih pasti pakcik jadi kaya….hahahahahah selepas pengsan memborong shuttlecock dan raket badminton bergegas balik ke Hotel. Gila ker apa, shopping sambil bawak beg badminton di tangan. Ingat baru lepas bersukan ka….
Balik ke Hotel, tapi kali ini taklah kena tipu oleh pemandu teksi. Selepas makan Maggie dan membuat persiapan diri, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tian he. Ingat nak beli baju-baju untuk member2. Dapatkah 5 ke 6 pasang. Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke ganting. Jam pun sudah menunjukkan ke angka 5 petang. Jalan memang teramat jem. Lagi teruk macam di KL kot kalo tak silap. Semua teksi tak nak pergi ke sana. Kalau yang hendak pun semua nak 50CNY. Tetapi setelh berbincang2 dengan aduk kami mendecidedkan untuk menaiki skooter 3 roda. Kira nak advanture la sikit. 50CNY pon belasah jer lah….kesian aku dengan pakcik nih. Aku taklah berat sangat kot, tapi slow dow naik bukit…hahahahah sempat menjadi penumpang rempit. Siap mencelah2 lagi di kiri dan kanan jalan. Macam pelesit aku tengok pakcik nih….otai dow bawak skooter. Aku kira tak sampai ke tempat yang dituju. Pakcik nih berhenti di separuh jalan. Penat siot dia nih. Dahlah masih jem gila babi. Kereta pun dah macam siput babi yang baru balik operation.
Dammm, tempat nih betul-betul dekat dengan sports mall yang kami pergi tadi. Kalau tahu baik jalan kaki jer. Dengan beg2 raket pun aku sanggup ke sana. Selepas berjalan lebih kurang setengah jam (tak di campur singgah di Butik ZARA dan makan2 betik dan satey di tepi jalan), kami sampai ke Ganting (tempat macam Lowyatt). Nak carik handpon dan MP5. Adalah jumpa, tapi tidak berkenan di hati. Aku nak tawar sampai cina tuh pengsan macam itik kena gantung. Hampeh tak mau jugak. Apa la sangat beza MP5 yang beharga 500CNY apabila di tawar sampai 150 CNY. Tak mau jugak. Demmmm…. Paling last pun aku dibagi 180CNY. Aku tak mau, aku mau 150CNY jugak. Aku tak kira, mau tak mau. Last2 dia tak mau dow…lantaklah yg penting aku dah tawar.
Penat merayau2 di Ganting, kami decided menuju ke Beijing Pedastrian Shopping Street. Ingat nak beli jaket dua tiga pasang. Ada lah terjumpa. Menyesal aku tak tawar lebih. Daripada 600CNY aku dapat 200CNY. Kalau aku tahu aku tawar sampai 100CNY. Derang nie bukan boleh percaya bila kata mahal. Cisss…kena tipu lagi aku.
Sebelum duit aku habis shopping di sini baik kami blah dulu. Jam sudah menunjukkan ke angka 9, kedai banyak yang sudah nak tutup. Baik kami beransur dulu. Teksi di cari, ingat kena pastikan yang bermeter. Iya, dia on meter dow…heheheheh, jgn tipu kami lagi pakcik, tak larat aku mengumpat dua tiga hari nih. Dahlah sekali naik = 7.00 CNY (RM3.00). nak tipu lagi bawak jalan jauh2, takpa lah pakcik, kalo hangpa tak penat pusinglah satu China nie pon takper….
Barang2 kena di kemas dahulu, besok hari terakhir kami di sini. Tak sabar nak balik. Tak tahan aku duduk lama2 di China nih. Pengsan aku, sesekali terliur aku tengok KFC di depan mata. Takpa sabaq noooo…… selepas di kira2 boleh tahan jugak aku shopping dekat china nih….ermmmmm….masih ada lagi budget nih, nak shopping apa lak nih….tengok dulu mana barang2 yang perlu dan tidak perlu di beli….ermmmmmmmm ada lagi banyak yang belum di beli rupanya. Esok aku fikirkan…. Ermmmm baru tahu Hazama menang AF9. Tahniah Bro member facebook aku tuh. Heheheheheheh……
14 JUN 2011 (SELASA)
Kedinginan pagi memaksaku bangun awal pagi nih. Sholat subuh sekejap. Masih lagi awal. Ingat nak tidur dulu. Selepas bersiap-siap dan berkemas-kemas, sempat sarapan pagi dahulu dengan apa yang tinggal. Roti pisang dan roti cecah tuna. Ermmm, bolehlah sekadar pengalas perut. Kami memulakan perjalanan awal pagi nie. Aku ingat orang Cina dekat sini pun belum bukak kedai lagi. Ermmm takperlah, sekurang-kurangnya boleh mengelakkan daripada kesesakan lalulintas.
Perjalanan menuju ke China Mall terlebih dahulu. Ingat nak beli hearing aid untuk emak aku. Tapi aku tak ingat kedai yang mana satu. Seingat aku kedai tersebut adalah kedai pertama yang kami tuju seawall kedatangan kami ke sini. Takper sekadar meninjau, kalau ada rezeki. Mall akan dibuka seawall jam 10.00 pagi. Jam menunjukkan ke angka 8.30 pagi. Masih terlalu awal untuk menuju ke destinasi. Kesempatan tersebut kami gunakan untuk meninjau kesibukan orang cina di kota Guangzhou ini.
Melihat keindahan pagi ini terisi dengan aktiviti padat golongan berumur, atau lebih di kenali sebagai senior citizens. Setiap sudut taman yang kami lalui dipenuhi dengan aktiviti senaman kecergasan. Sesiapa sahaja boleh join aktiviti tersebut. Ada taichi, wushu, kungfu, poco-poco pun ada dan banyak lagilah senaman dan silat cina yang pelbagai.
Aku kira kalaulah semua jenis silat yang ada di Negara kita mengamalkan sifat terbuka macam ini baru semua boleh bersatu. Kalaulah semua jenis silat boleh mengadakan latihan ditempat terbuka, ku kira mungkin ramai yang akan turut serta di samping dalam masa yang sama mempromosikan kebudayaan melayu di kalangan pelancong asing yang ingin menyaksikan sesuatu yang tiada di Negara mereka.
Tapi ini tidak, semua lebih selesa mengamalkan silat dan latihan di tempat yang tertutup, mungkin atas alasan tidak mahu pertubuhan silat yang lain tahu gerak langkah dan kunci silat masing-masing. Kalau semua pertubuhan tahu akan kelemahan silat masing-masing, mungkin sukar untuk membuktikan silat mana yang lebih power dan utuh. Itu mungkin hanya anggapan aku, insan yang hina, tapi ku kira mungkin mereka ada jawapan tersendiri, mengapa dan mengapa. Biarlah, yang penting suatu masa nanti semua pertubuhan silat melayu akan bergabung tenaga menentang musuh Negara. Takbir…….
Selepas bersiar-siar di sekitar taman, langkah terus menuju ke China Mall, ingin mencari barang yang dihajati. Ku lihat adul sudah mula menunjukkan rasa ketidakluahan rasa hatinya, selepas tingkat demi tingkat yang kami cari tidak berjumpa apa yang diingini. Mungkin rasa empati menyebabkan dia tidak meluahkan rasa amarah di hati.
Takperlah, aku pun sudah mulai penat mencari, hendak menyanya orang yang ditemui pun mungkin sekadar bercakap dengan tiang bangunan. Kaku dan tidak dapat membantu. Customer services pun umpama statue hidup bagai bangkai bernyawa. Lupakanlah, mungkin suatu hari nanti boleh bertemu dengan barangan yang dihajati. Mungkin jikalau tiada di sini, ada di sana nanti.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke One City Link, tempat di mana kami membeli barangan cenderahati dan sebagainya. Ku kira di sini adalah tempat yang sesuai untuk memborong barangan keperluan untuk dijadikan cenderamata, tetapi awas, kena survey dahulu, sebab akan ada kedai yang akan menjual barangan sama yang jauh lebih murah. Walaubagaimanapun harganya masih tetap murah jika dibandingkan dengan duit kita. Tetapi rugilah, kalau sudah boleh memborong dengan harga yang jauh lebih murah, baik beli dengan harga ynag murah. Betul kan.
Selepas memborong barangan keperluan, kami perlu kembali semula ke Hotel untuk mengemas barang untuk kali terakhir. Daripada satu beg menjadi tiga beg. Biasalah itu. Beg pun murah, apalagi memborong sakanlah kami. Selepas menimbang beg-beg dan kotak-kotak, ku kira masih lagi ada kekosongan. Takpalah janji tidak terlebih timbangan kali ini. Van harus di cari. Ku kira teksi mungkin tidak dapat menampung muatan yang kami ada. Empat beg dan dua kotak. Errrrrrmmmm.
Hampir setengah jam menanti ketibaan van yang tak kunjung tiba, bagai penyeksaan bagi aku. ketiak pun sudah berpeluh. Teksi bukan main banyak time-time macam ni. Van satu pun tak berhenti, sebab mengikut perkiraan kawanku, ada servis van untuk membawa penumpang ke Lapangan Terbang.
Jam pun sudah menunjukkan ke angka lima petang. Cuaca yang panas menyebabkan aku tidak senang duduk. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menaiki teksi. Mujur gadis cina pekerja hotel yang sudah habis shift petang datang membantu. Sekali tahan, teksi sudah berhenti di depan mata. Ku kira faktor locality memainkan peranan. Tak cukupkan wajah kacukan aku ini untuk menarik perhatian pemandu teksi. Aku enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Kepenatan yang teramat sangat membuatkan aku tidak lena tidur. Takut nanti si pemandu teksi membawa kami ke tempat lain yang kami sendiri tidak pasti. Pengalaman sahabatku yang pernah berkunjung ke Negara ini menjadi dasar pengalaman, sebab pernah ditinggalkan di tepi jalan. Ermmmm, harap kami mudah sampai ke destinasi. Ingat lagi pesan adul supaya banyak membaca doa, mintak dihindari dari sebarang anasir jahat. Amin…..
Nan bersembang dengan pemandu teksi akan membuatkan aku jadi gila babi. Mungkin ungka akan tertawa melihat aksi umpama lalat dan langau berbicara. Ermmm, takperlah biar aku abadikan pemandangan indah kota Guangzhou ini di memori N90 aku. Adalah jugak hasilnya walau tidak seberapa.
Kami sampai akhirnya di lapangan terbang tepat jam 6.30 petang. Selepas membayar tambang teksi dalam 100CNY (RM50.00) kami bergegas masuk. Sudah ada pekerja di lapangan terbang yang menunggu ketibaan kami dengan mengusung troli barang. Kena charged CNY30, kena lagi, tapi takper sekurang-kurangnya beban kami tertanggung oleh pekerja tersebut.
Peluang yang ada kami gunakan untuk meneroka setiap inci lapangan terbang. Tiada apa yang menarik, melainkan kedai menjual barang-barang dengan harga yang agak mahal. Biasalah standard airport, mana ada murah. Berganda-ganda lagi 10 kali ganda.
Selepas check in, kami meneruskan perjalanan pulang menuju ke setiap kawalan keselamatan. Ku kira ada lebih kurang 3 saringan kawalan keselamatan yang ketat perlu di lalui. Mujur tiada apa yang sangkut. Tak tahu mungkin nanti apabila balik ke Malaysia, saringannya lebih ketat lagi. Ermmmmm, takutlah pulak di kenakan cukai yang tinggi.
Pengumuman di corong speaker mengatakan perjalanan balik ke Malaysia akan ditunda amat meresahkah kau. Sebab aku sudah berjanji dengan megat untuk menyambut ketibaan kami teepat jam 12 tghmalam. Perjalanan kami di tunda, sah dan ku kira mungkin akan sampai dalam jam 2 pagi….ermmmmm harap megat masih menunggu.
Kepenatan yang teramat sangat membuatkan aku tidak senang untuk berbicara, adul masih rancak berbual dengan amoi di sebelah, penat mereka berbual masing-masing tidur kepenatan….ermmmm masa yang ada ku gunakan untuk membaca buku yang sedikit lagi untuk di habiskan. Entah bila aku sudah tersengguk-sengguk, aku lantas tertidur, tidak pasti jam berapa kami tiba mendarat di LCCT. Tepat jam 2 pagi ku kira.
Mujur megat masih menanti dengan wan. Syukur, kalau tidak alamatnya aku tidur di airport pagi nie. Kami sempat berehat seketika sambil berbagi-bagi barang. Ermmmm perjalanan masih jauh lagi. Tiba di rumah tepat jam 4.30 pagi. Dan aku tidak pasti pukul berapa aku tertidur….
Comments