review filem J-REVOLUSI

Produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions akan mengeluarkan filem aksi tempatan terbaru berjudul J Revolusi. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.
 
Filem ini memaparkan kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.
 
Ringkasan
Judul : J REVOLUSI
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Terbitan : Infinitus Productions & Grand Brilliance
Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra

SAKSIKAN jREVOLUSI DI pAWAGAN...JOMMM

Comments